Apa Maksud ‘Extension’ Pada Nama Skuad KL City B-23?

KL City Piala MFL KL City Extension

Operator Liga Malaysia (Liga M), Malaysian Football League (MFL) sebentar tadi telah mengumumkan jadual untuk pertandingan Piala MFL 2023 dan paling menarik perhatian adalah pasukan KL City FC Extension.

Piala MFL merupakan pertandingan baharu untuk musim 2023 di mana ia kejohanan yang melibatkan skuad B-23, 15 pasukan yang bertanding.

Untuk info, setiap pasukan bertanding dibenarkan untuk mendaftar lima pemain senior yang lebih umur bersama tiga tonggak import sahaja.

Namun, hanya tiga pemain tempatan lebih umur dibenarkan beraksi secara serentak jika pasukan tersebut tidak menggunakan khidmat import dan jika dua pemain senior tempatan digunakan, kelab yang bertanding dibenarkan membawa masuk dua pemain import semasa aksi sedang berlangsung.

Piala MFL boleh dianggap sebagai pentas terbaik buat pemain muda yang sudah melepasi had umur untuk bersama skuad Piala Presiden dan masih belum dapat memecah masuk ke skuad utama selain ia juga mampu mengetengahkan jurulatih-jurulatih muda yang mungkin berpotensi besar.

Jadi, kembali semula kepada persoalan perkataan ‘extension’ yang diletak pada nama skuad KL City. Mengapa dan apa maksud ‘extension’?

Adakah disebabkan penajaan daripada mana-mana syarikat swasta?

Pada jadual yang diumumkan sebentar tadi, tiada perkara yang lebih menarik perhatian selain tambahan kepada nama pasukan KL City.

MFL juga tidak membuat sebarang pengumuman lain mengenainya.

KL City Extension 2023
FOTO: MFL

Jadi, mungkin kita boleh sama-sama bermain teka-teki, mengapa pengurusan KL City memilih untuk meletakkan perkataan tersebut di sana.

Perkataan ‘extension’ jika dirujuk kepada portal Cambridge Dictionary membawa maksud tambahan atau ‘an added part’. Jadi, adakah ia mungkin membawa maksud skuad tambahan buat skuad utama KL City?

Amalan di Malaysia, pasukan yang berada di bawah skuad utama sesebuah pasukan akan diberikan huruf sama ada B, C atau D selain II, III dan IV. Kita boleh lihat dijadual, pasukan seperti Kedah Darul Aman FC menggunakan KDA FC B, Perak FC pula Perak II dan TFC II untuk Terengganu FC.

Jadi, adakah ini bermaksud, ‘extension’ itu membawa maksud yang sama?

Di Eropah misalnya, kita boleh melihat pasukan seperti Real Madrid yang menggunakan nama Real Madrid Castilla untuk pasukan simpanan mereka. Mereka tidak boleh mendapat promosi ke La Liga walaupun berada dalam sistem liga yang sama. Saat ini mereka bersaing di divisyen 3 Sepanyol.

Di La Liga juga terdapat pasukan-pasukan simpanan yang menggunakan huruf pada nama skuad mereka seperti Villareal B dan Celta Vigo B.

Untuk Barcelona, mereka dilihat menggunakan nama FC Barcelona Atletic.

Mungkin KL City mahu dilihat lebih unik dan menarik dengan panggilan sebegitu berbanding jika digunakan KL City B ataupun KL City II?

Jadi, mungkinkah itu yang dimaksudkan dengan KL City FC Extension?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN