Sistem Feeder Club & Senior Affiliate, Bagaimana Sistem Ini Berfungsi?

Adakah anda tahu mengenai feeder club?

Feeder club memang jarang kita dengar kerana ianya adalah urusan antara sesuatu kelab dengan kelab yang lain secara peribadi.

Lazimnya, para peminat kelab tidak didedahkan mengenai perkara ini oleh pihak kelab.

Apa tujuan sistem ini diwujudkan? 

Jika anda bermain Football Manager, feeder club bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesuatu kelab dengan cara mempromosikan barangan rasmi mereka di kelab yang menjadi feeder club kepada mereka.

Selain itu, kelab lazimnya akan menghantar pemain muda mereka yang berbakat ke feeder club untuk mendapatkan pengalaman bermain perlawanan kompetitif.

Chelsea menjadikan LA Galaxy sebagai feeder club mereka.

Dalam masa yang sama, ia dapat membantu pemain yang tidak ada permit kerja untuk memperoleh permit kerja dengan bermain di feeder club.

Akhir sekali sistem feeder club ini dapat meningkatkan mata wang di dalam bisnes bola sepak.

Namun begitu, sistem feeder club tidak sama seperti mana jalinan diplomatik antara satu kelab dengan kelab yang lain.

Hal ini kerana ianya memfokuskan kepada pembangunan akar umbi. Dalam situasi perhubungan antara JDT dengan Borrusia Dortmund, mereka menjalinkan hubungan diplomatik.

Prinsip feeder club adalah apabila sebuah kelab besar yang ingin menambah wang mereka, mereka perlu mencari downline iaitu kelab kecil untuk mempromosikan kelab mereka.

Hal ini diibaratkan seperti sehelai jersi yang membawa nama penaja mereka.

 Senior affiliate

Apa pula senior affiliate? Ia merupakan sistem dimana kelab yang lebih kecil mencari kelab yang lebih besar untuk menjalinkan usaha sama.

Jika kelab yang lebih besar mencari kelab yang lebih kecil lazimnya untuk menghantar pemain-pemain mereka mendapatkan peluang beraksi di perlawanan kompetitif. Kelab yang lebih kecil ada misi tersendiri.

Lazimnya, kelab kecil menjalinkan usahasama dengan kelab yang lebih besar atau dipanggil sebagai senior affiliate ini adalah untuk menjimatkan wang mereka terutamanya dalam urusan pembelian pemain.

Senior affiliate lazimnya akan berikan kepada anda senarai nama pemain-pemain yang mereka senaraikan untuk dipinjamkan kepada kelab luar dan feeder club ini boleh meminjam pemain-pemain tersebut dengan percuma.

Hal ini kerana, pihak senior affiliate akan membayar gaji pemain tersebut sepanjang berada di feeder club tersebut.

Namun dalam perjanjian senior affiliate, mereka mempunyai kuasa untuk membeli pemain dari feeder club mereka.

Sebagai contoh, jika feeder club itu mahu menjual pemainnya ke kelab lain mereka perlu bertanya kepada senior affiliate mereka sama ada mereka hendak dapatkan pemain itu atau tidak.

Jika mereka mahu, maka mereka akan membida dengan harga yang sama dengan kelab tadi itu bida dan terpulang kepada pemain itu hendak tentukan ke mana beliau akan pergi.

Berikut adalah antara 5 kelab besar yang ada pertalian feeder club:

United Kingdom:

  •  Blackburn Rovers bersama Cercle Brugge (Belgium)
  • Liverpool bersama KRC Genk (Belgium)
  • Chelsea bersama LA Galaxy (Amerika Syarikat), PSV Eindhovhen & Vitesse (Belanda)
  • Arsenal bersama ASEC Mimosas (Ivory Coast), K.S.K Beveren (Belgium), Inverness Caledonian Thistle (Scotland) dan Colorado Rapids (Amerika Syarikat)
  • Heart of Midlothian bersama FBK Kaunas (Lithuania)

 

Sepanyol:

  • Atletico Madrid bersama Shenhua FC (China)
  • Athletic Bilbao bersama CD Basconia (Spain)
  • Sevilla FC bersama Sevilla FC Juncos (Puerto Rico)
  • Mallorca bersama Real Cartagena (Columbia)
  • Eibar bersama CD Vitoria (Spain)

Nota editor: Artikel ini ditulis oleh Sufi Zulkarnain yang merupakan peminat pasukan Hearts. Jika anda ingin tulisan anda dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia, hantarkan artikel 300 patah perkataan anda dalam format MS Word ke [email protected]

Baca juga: Barcelona Mulakan Perang Saraf Ke Atas Juventus Dengan Video Lionel Messi

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN