Barcelona Mulakan Perang Saraf Ke Atas Juventus Dengan Video Lionel Messi

Dalam satu video yang berdurasi 57 saat, akaun twitter rasmi Barcelona telah memuat naik klip video yang memaparkan aksi Messi berhadapan dengan Juventus.

Ia sejurus selepas undian suku akhir UCL 2016/17 yang mempertemukan Juventus dan Barcelona.

Ia juga perlawanan tumpuan seperti mana pertemuan Bayern Munich dan Real Madrid.

Video tersebut memaparkan aksi lincah Lionel Messi dan layanan keras oleh pemain-pemain Juventus ke atas Lionel Messi.

Messi memakai no.30 kerana no.10 masih dipakai oleh Ronaldinho. Messi turut melakukan bantuan gol cantik kepada Iniesta.

Ianya adalah sedutan daripada perlawanan Trofi Joan Gamper 2005. Juventus menang 4-2 menerusi sepakan penalti.

Ini adalah video tersebut.

Ianya sudah pasti perlawanan yang turut dinantikan oleh peminat bola sepak di seluruh dunia.

Baca juga: 8 Perkara Asas Yang Anda Harus Tahu Ketika Menggelecek Bola

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN