Adakah anda tahu mengenai feeder club?
Feeder club memang jarang kita dengar kerana ianya adalah urusan antara sesuatu kelab dengan kelab yang lain secara peribadi.
Lazimnya, para peminat kelab tidak didedahkan mengenai perkara ini oleh pihak kelab.
Apa tujuan sistem ini diwujudkan?
Jika anda bermain Football Manager, feeder club bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesuatu kelab dengan cara mempromosikan barangan rasmi mereka di kelab yang menjadi feeder club kepada mereka.
Selain itu, kelab lazimnya akan menghantar pemain muda mereka yang berbakat ke feeder club untuk mendapatkan pengalaman bermain perlawanan kompetitif.
Dalam masa yang sama, ia dapat membantu pemain yang tidak ada permit kerja untuk memperoleh permit kerja dengan bermain di feeder club.
Akhir sekali sistem feeder club ini dapat meningkatkan mata wang di dalam bisnes bola sepak.
Namun begitu, sistem feeder club tidak sama seperti mana jalinan diplomatik antara satu kelab dengan kelab yang lain.
Hal ini kerana ianya memfokuskan kepada pembangunan akar umbi. Dalam situasi perhubungan antara JDT dengan Borrusia Dortmund, mereka menjalinkan hubungan diplomatik.
Prinsip feeder club adalah apabila sebuah kelab besar yang ingin menambah wang mereka, mereka perlu mencari downline iaitu kelab kecil untuk mempromosikan kelab mereka.
Hal ini diibaratkan seperti sehelai jersi yang membawa nama penaja mereka.
Senior affiliate
Apa pula senior affiliate? Ia merupakan sistem dimana kelab yang lebih kecil mencari kelab yang lebih besar untuk menjalinkan usaha sama.
Jika kelab yang lebih besar mencari kelab yang lebih kecil lazimnya untuk menghantar pemain-pemain mereka mendapatkan peluang beraksi di perlawanan kompetitif. Kelab yang lebih kecil ada misi tersendiri.
Lazimnya, kelab kecil menjalinkan usahasama dengan kelab yang lebih besar atau dipanggil sebagai senior affiliate ini adalah untuk menjimatkan wang mereka terutamanya dalam urusan pembelian pemain.
Senior affiliate lazimnya akan berikan kepada anda senarai nama pemain-pemain yang mereka senaraikan untuk dipinjamkan kepada kelab luar dan feeder club ini boleh meminjam pemain-pemain tersebut dengan percuma.
Hal ini kerana, pihak senior affiliate akan membayar gaji pemain tersebut sepanjang berada di feeder club tersebut.
Namun dalam perjanjian senior affiliate, mereka mempunyai kuasa untuk membeli pemain dari feeder club mereka.
Sebagai contoh, jika feeder club itu mahu menjual pemainnya ke kelab lain mereka perlu bertanya kepada senior affiliate mereka sama ada mereka hendak dapatkan pemain itu atau tidak.
Jika mereka mahu, maka mereka akan membida dengan harga yang sama dengan kelab tadi itu bida dan terpulang kepada pemain itu hendak tentukan ke mana beliau akan pergi.
Berikut adalah antara 5 kelab besar yang ada pertalian feeder club:
United Kingdom:
- Blackburn Rovers bersama Cercle Brugge (Belgium)
- Liverpool bersama KRC Genk (Belgium)
- Chelsea bersama LA Galaxy (Amerika Syarikat), PSV Eindhovhen & Vitesse (Belanda)
- Arsenal bersama ASEC Mimosas (Ivory Coast), K.S.K Beveren (Belgium), Inverness Caledonian Thistle (Scotland) dan Colorado Rapids (Amerika Syarikat)
- Heart of Midlothian bersama FBK Kaunas (Lithuania)
Sepanyol:
- Atletico Madrid bersama Shenhua FC (China)
- Athletic Bilbao bersama CD Basconia (Spain)
- Sevilla FC bersama Sevilla FC Juncos (Puerto Rico)
- Mallorca bersama Real Cartagena (Columbia)
- Eibar bersama CD Vitoria (Spain)
Nota editor: Artikel ini ditulis oleh Sufi Zulkarnain yang merupakan peminat pasukan Hearts. Jika anda ingin tulisan anda dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia, hantarkan artikel 300 patah perkataan anda dalam format MS Word ke [email protected]
Baca juga: Barcelona Mulakan Perang Saraf Ke Atas Juventus Dengan Video Lionel Messi