Thomas Tuchel terkenal dengan sikapnya yang fanatik dengan bola sepak fluid. Pertukaran posisi yang segera dalam transisi ke pertahanan ataupun serangan.
Salah satu pendekatan Tuchel yang menarik untuk dibincangkan adalah sistem 3-3-2-2 yang dibina dengan sistem 3-5-2.
Kita mulakan dengan formasi asas iaitu 3-5-2. Sistem ini sama seperti sistem bek bertiga dengan bek sayap yang lain.
Ianya akan cuba membentuk rantaian berlima ketika bertahan. Ini untuk membolehkan setiap koridor diisi dengan pemain.
Ada 5 koridor asas dalam bola sepak iaitu, sayap kiri, sayap kanan, tentang, half-space kiri dan half-space kanan.
Ini adalah antara penjelasan asas bagaimana gerakan 2 pemain di sisi itu akan membentuk tengah berlima ataupun pertahanan berlima yang kerap kita sebut chain of 5.
Ketika bertahan
Taktikal ini adalah fokus kepada membendung serangan daripada bahagian sayap yang aktif dan masuk ke dalam half-space.
Saya ambil contoh ketika Dortmund menentang Bayern munich pada November 2016. Mereka berhadapan dengan ancaman Franck Ribery. Arjen Robben tidak dapat beraksi ketika itu.
Apa yang berlaku, pemain sayap songsang (inverted winger) akan cuba mencari platform untuk sampai ke zon half space untuk melakukan cubaan terus.
Dengan pendekatan 5-3-2, perkara ini memerlukan Robben untuk melepasi pemain di setiap koridor. Aspek disiplin sangat ditekankan dalam usaha bertahan.
Ini adalah contoh. Kerana Robben tidak bermain dalam perlawanan tersebut. Dan anda harus ingat, mereka merancang taktik bukan dalam masa singkat.
Bukan minggu depan berlawan, minggu ni baru nak buat persediaan. Untuk perlawanan besar, mereka sudah sediakan diri mereka lebih awal.
Mana mereka tahu Robben akan bermain, cedera atau digantung pada perlawanan itu. Tetapi pelan taktikal tetap sudah dilatih. Semakin banyak berlatih semakin berkesan taktikal mereka.
Ini adalah contoh dan gambaran jika Robben masuk dari sayap ke dalam.
Dalam membentuk perangkap pertahanan ataupun defensive trap, sangat penting jarak dan kedudukan sokongan yang efektif di antara pemain.
Sistem ini juga cuba memaksa pasukan lawan untuk ke sisi/wide area. Kawalan ketat di zon 14 dan sangat kompak.
Misalnya dalam pertarungan BvB dan Bayern ini. Bayern mendominasi sehingga 71% bola namun mereka tidak mendapat ruang yang mereka kehendaki.
Jadi ia adalah pertarungan possession vs space.
Ketika menyerang
Inilah transisi yang sangat penting dalam sistem 3-5-2 Tuchel. Di mana beliau akan mengarahkan pasukan beliau untuk membentuk 3-3-2-2.
Ini adalah contoh posisi mereka ketika menentang Bayern Munich dengan sistem ini. Anda boleh lihat, Schurle diarahkan bermain no.10 walaupun dia adalah pemain sayap tulen. Gotze juga bermain no.10.
Transisi formasi sangat cepat. Dan 2 pemain di serangan paling atas ataupun twin attacker (no.9) akan bergerak di sekitar half-space atau ke bahagian sayap jika perlu,
Lihat permainan kombinasi di antara pemain serangan dalam sistem yang sangat cair (fluid). Jadi tiada istilah pegun dalam diri pemain. Mobiliti dan sentiasa bergerak serta tahu di mana tempat yang harus diisi.
Ini adalah gambaran penuh bagaiman posisi dominan setiap pemain ketika menyerang dengan 3-3-2-2.
Lihat gambaran dari atas, bagaimana mereka membentuk sokongan di bahagian atas dengan permainan fluid ini.
Anda boleh saksikan sorotan perlawanan itu di sini dan anda lihat bagaimana sistem ini berfungsi.