Terengganu Tamatkan Kontrak Lutfulla Turaev & Federico Falcone, Bawa 2 Import Baharu

Terengganu bakal memperkenal 2 pemain import baharu pada pertengahan musim ini – lapor Sinar Harian.

Hal ini telah disahkan sendiri oleh pengendali mereka iaitu Irfan Bakti.

2 pemain ini bakal menggantikan 2 pemain import sedia ada iaitu pemain tengah iaitu Lutffula Turaev dan juga penyerang Federico Falcone.

Gambar: Ahmad Ridhuan/Asiana

Manakala 2 lagi pemain import yang sedia ada iaitu Issey Nakajima-Farran dan juga Lazaro Vinicious akan dikekalkan oleh pasukan Terengganu.

Elak dirampas

Akan tetapi, Irfan memilih untuk tidak mendedahkan butiran dengan lebih lanjut siapakah 2 pemain import baharu bagi pasukan Terengganu itu.

Hal ini kerana, beliau risau pemain baharu itu bakal dirampas oleh pasukan lain sebelum pemain itu sah bersama Terengganu.

Namun begitu, Irfan memberi bayangan dimana pemain yang menggantikan Turaev adalah seorang pemain dari Brazil manakala tiada pembayang dari manakah pemain yang menggantikan Falcone itu dari beliau.

Terengganu juga akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan FELDA United dan juga Pahang sebagai persiapan mereka menentang pasukan-pasukan Liga Super dalam saingan Piala Malaysia.

Terengganu diletakkan dalam Kumpulan D di saingan Piala Malaysia pada musim ini bersama-sama JDT, Selangor dan juga Sarawak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN