Sir Alex Ferguson Selesai Menjalani Pembedahan Kecemasan Selepas Mengalami Pendarahan Otak

Sir Alex Ferguson

Dunia bola sepak dikejutkan dengan berita bekas pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson telah menjalani satu pembedahan kecemasan selepas beliau disahkan mengalami pendarahan pada otak.

Sir Alex kini dilaporkan berada dalam penjagaan rapi di Hospital Salford Royal di Manchester.

Laman Twitter rasmi Manchester United telah mengesahkan bahawa pembedahan keatas Sir Alex Ferguson berjalan dengan lancar dan namun beliau memerlukan penjagaan rapi untuk mengoptimumkan proses penyembuhannya.”

Memetik dari pengumuman itu juga, ahli keluarga beliau memohon agar privasi dalam mereka menghadapi situasi sukar ini.

Ferguson telah memenangi 38 trofi kejuaraan termasuk 13 gelaran Liga Perdana Inggeris dan dua mahkota Liga Juara-Juara Eropah selepas memberikan khidmat selama 26 tahun di Old Trafford.

Beliau berundur diri pada tahun 2013.

Selepas mendapat informasi mengenai berita ini, beberapa orang bekas pemain yang pernah bersama beliau ketika di Manchester United dan pemain yang lain juga telah memuat naik kata-kata semangat buat Sir Alex Ferguson di laman Twitter dan Instagram masing-masing.

Antara pemain tersebut adalah Peter Schmeichel, David Beckham, Cristiano Ronaldo dan Robbie Fowler.

 

https://twitter.com/Robbie9Fowler/status/992854972344696832

Kelab Scotland, Aberdeen yang merupakan salah satu kelab yang pernah dibimbing Sir Alex turut tidak ketinggalan untuk memberikan semangat buat bekas pengurus tersebut.

Satu berita yang mengejutkan, namun diharapkan Sir Alex Ferguson dapat kembali sembuh dari dugaan yang dihadapinya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN