Singkap Masalah Kedah Dan Peluang Aidil Sharin Untuk Bukti Sesuatu Dalam Saingan Piala AFC

Selepas tampil hambar dalam beberapa perlawanan Liga Super 2022 baru-baru ini, segelintir penyokong Kedah Darul Aman (KDA) dilihat mula hilang kepercayaan pada kelab tersebut.

Musim ini KDA dilihat jelas bergelut dari segi prestasi mereka untuk kekal konsisten dalam setiap perlawanan selain menghadapi beberapa masalah lain yang membantutkan perjalanan semasa kelab.

Masalah pemain import

Segalanya bermula dengan isu pemain import seperti Marc Vales yang tidak dapat diturunkan pada awal saingan liga kerana mengalami masalah kecederaan sejak aksi pra-musim.

Kemudian masalah prestasi dan kecederaan turut dialami seorang lagi pemain import KDA dari Korea Selatan iaitu Jang Suk-won yang membuatkan beliau terpaksa berundur diri daripada meneruskan khidmat.

Lebih memberi kebuntuan buat Aidil Sharin, beliau turut kehilangan penyerang dari Thailand iait Dennis Buschening yang juga mengalami masalah kecederaan.

Kehilangan pemain kunci

Tempoh masa yang singkat untuk beliau kembali membentuk gandingan terbaik untuk Piala AFC juga dilihat terjejas setelah beliau kehilangan tonggak iaitu khidmat Syafiq Ahmad.

Syafiq yang dipinjamkan oleh Johor Darul Ta’zim pada awal musim ini kepada KDA terpaksa mengucapkan selamat tinggal lebih awal kepada para penyokong ‘Sang Kenari’ setelah kelab asalnya sudah memanggil kembali.

Ini menjadi masalah buat Aidil sendiri untuk merencana kembali pasukan setelah ketiadaan tonggak tersebut yang banyak memberi sumbangan dalam taktikal serangan KDA.

Tonggak serangan tidak konsisten

Biarpun statistik menunjukkan KDA kadangkala menguasai permainan dengan baik, mereka mempunyai masalah konsistensi di bahagian serangan.

Barisan serangan KDA dilihat agak tumpul serta tidak begitu kreatif untuk mencipta siri serangan yang bagus ketika berdepan pasukan lawan.

Mereka juga dilihat bergantung kepada gerakan individu berbanding menjana pergerakan bersama rakan sepasukan lain untuk melancarkan serangan.

Ronald Ngah Wanja biarpun menjadi penjaring terbanyak KDA setakat ini, beberapa aksi beliau akhir-akhir ini sedikit menurun dan kualiti individu dirinya juga seakan tidak menjadi.

Separuh akhir Piala AFC

Untuk aksi separuh akhir Piala AFC yang bakal berlangsung pada hari Selasa ini di Stadium Captain I Wayan Dipta, Bali berdepan PSM Makassar, KDA perlu melakar kebangkitan untuk memulihkan keyakinan penyokong.

Untuk rekod sepanjang perlawanan melibat KDA di saingan AFC musim ini, pasukan tersebut boleh dianggap sangat berjaya ketika di peringkat kumpulan.

Lawan mereka, PSM Makassar juga kali ini dilihat sebagai pencabar terkuat yang bakal dihadapi KDA apabila kelab dari Indonesia itu belum mencatat kekalahan dalam tiga perlawanan liga.

Rekod semasa kedudukan Liga 1 Indonesia juga menyaksikan PSM Makassar berada di tangga pertama yang pastinya banyak kerja perlu dibuat oleh Aidil Sharin sebagai persediaan.

Kembali bangkit

Misi kebangkitan ini sesuatu yang sangat perlu dibuat KDA setelah mereka menghadapi minggu-minggu yang agak suram dalam saingan peringkat domestik.

Selain kelibat Aidil yang diperlukan untuk merencana taktikal buat pasukan, seharusnya pengurusan juga perlu memberi galakan positif buat kelab agar motivasi para pemain turut meningkat.

Jika kejutan berjaya dilakar KDA pada aksi separuh akhir ini, sekurangnya ia boleh menjadi sesuatu yang membanggakan buat para penyokong pasukan yang tidak henti-henti sejak awal musim mengharapkan kejayaan kelab.

Buat KDA, inilah masa anda untuk kembali bangkit dan pulang dari Indonesia sebagai perwira buat para penyokong.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN