Singapura Cuba Halang ‘Kebanjiran’ Penyokong Vietnam Di Jalan Besar

Vietnam penyokong Singapura Piala AFF 2022

Menjelang pertembungan Singapura-Vietnam untuk aksi ketiga Kumpulan B, Piala AFF 2022, tuan rumah dilihat bakal susahkan penyokong lawan.

Perlawanan dijangka akan berlangsung di Stadium Jalan Besar pada 8.30 malam ini dan pertembungan ini dilihat menarik disebabkan kekalahan besar Malaysia kepada Vietnam pada Selasa. Singapura tentunya mahu mengambil peluang ini untuk memintas kedudukan Harimau Malaya.

Selaku tuan rumah, Singapura cuba mengurangkan ‘tekanan’ pasukan mereka apabila stadium mungkin lebih dibanjiri oleh penyokong lawan.

Kapasiti Stadium Jalan Besar adalah terhad kepada 6,000 penyokong sahaja. Dengan menolak 2,500 tiket yang bakal diperuntukkan khas kepada jemputan, mereka hanya akan menjual sebanyak 3,500 tiket. Hanya 8 peratus diperuntukan untuk penyokong lawan iaitu sekitar 280 tiket.

Jadi, cara untuk penyokong Vietnam bagi mendapatkan tiket, jika yang diperuntukan habis adalah ‘merampas’ tiket buat penyokong tuan rumah.

Ini yang berlaku di kempen Piala AFF 2020 yang berlangsung di Singapura. Kehadiran setiap perlawanan melibatkan Vietnam sentiasa meriah.

Untuk perlawanan lain yang tidak melibatkan skuad kebangsaan Singapura, kehadiran kurang memberangsangkan. Jadi, mereka risaukan sesuatu.

Jika penyokong Vietnam berjaya mendapatkan tiket ‘home’ lebih awal, Stadium Jalan Besar akan dibanjiri lautan Merah Vietnam bukan Singapura.

Singapura telah mengeluarkan peraturan baharu untuk aksi berdepan Vietnam kali ini. Dan ia dilihat akan menyusahkan penyokong lawan.

Menurut media sosial Persatuan Bolasepak Singapura (FAS), antara perkara baharu yang diperkenalkan mereka adalah pengesahan identiti menerusi penyemakan Kad Pengenalan di pintu masuk stadium.

Hanya penyokong Singapura dibenarkan untuk duduk di tempat duduk ‘home’ dan penyokong ‘Naga Emas’ pula hanya dibenarkan duduk di tempat duduk ‘away’. Jadi, bagi penyokong lawan yang sudah mendapatkan tiket untuk ‘home’, pastinya mereka akan dihalang untuk masuk.

Dan tiada bayaran balik akan dikembalikan kepada mereka yang terlibat.

Jika Sang Singa berjaya menambat Sang Naga di Stadium Jalan Besar pada malam ini, mereka akan memintas kedudukan Malaysia di tangga kedua kumpulan dan mungkin akan meningkatkan moral pemain.

Ia menjadi penguat semangat sebelum berdepan Malaysia, Selasa depan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN