Cristiano Ronaldo Tulis Ucapan Penuh Emosi Sebagai Tanda Penghormatan Kepada Pele

Cristiano Ronaldo tampil memberikan ucapan penuh emosi bagi menghormati pemergian legenda terhebat sepanjang zaman dalam dunia bola sepak, Pele.

Legenda bola sepak Brazil itu meninggal dunia di usia 82 tahun selepas beliau sekian lama bertarung melawan kanser.

Wakil mendiang, Joe Fraga telah mengesahkan tentang berita menyedihkan berkait pemergian tiga kali pemenang Piala Dunia itu dengan mengeluarkan kenyataan di laman twitter miliknya.

“Inspirasi dan cinta merupakan lambang perjalanan Raja Pele yang sudah meninggal dunia hari ini.”

Jelas Joe Fraga di twitter.

“Cinta, cinta dan cinta, selamanya.”

Dunia bola sepak merasa benar-benar kehilangan atas pemergian Pele dengan Neymar sendiri turut memberikan ucapan sangat beremosi sebagai tanda penghormatan terakhir untuk idolanya itu.

Ronaldo kini tampil memberikan ucapan penuh emosi untuk bekas bintang Santos itu dengan beliau juga turut berduka atas berita pemergian Pele itu.

Menulis di laman Instagram miliknya, Ronaldo menyatakan bahawa:

“Saya mengucapkan takziah yang tulus kepada semua orang Brazil, dan terutama kepada keluarga Edson Arantes do Nascimento.”

“Ucapan selamat tinggal semata-mata kepada Raja Pele tidak cukup untuk menggambarkan kepedihan yang sedang dilalui oleh dunia bola sepak secara keseluruhannya.”

“Sumber inspirasi kepada jutaan, panduan sejak dulu, hari ini dan selamanya.”

“Cinta yang selalu kamu tunjukkan kepada saya sentiasa di balas walau kita dipisahkan dengan jarak. Dia tidak akan pernah dilupakan dan kisah dia akan terus segar dalam diri setiap seorang dari kita pencinta bola sepak.”

“Berehatlah dengan tenang Raja Pele.”

Ketika mendiang masih sihat, Pele ada menyatakan hasratnya mahu bertemu Ronaldo dan mengucapkan tahniah kepada bintang Portugal itu kerana memecahkan rekod penjaring terbanyak di pentas bola sepak antarabangsa.

“Saya berhasrat mahu bertemu kamu secara berdepan dan mahu memeluk kamu.”

Jelas Pele pada awal tahun baru-baru ini.

“Saya rakamkan mesej ini dengan sangat tulus. Jumpa kamu nanti.”

Seorang lagi bintang terhebat dalam dunia bola sepak, Lionel Messi turut memberi ucapan atas pemergian Pele dengan menyatakan:

“Berehatlah dengan tenang, Pele.”

Boleh dikatakan kesemua bintang-bintang besar dalam dunia bola sepak turut memuat naik status mengucapkan takziah dan berkongsi kesedihan mereka mendengar berita pemergian Pele.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN