Simon Mignolet Akui Selesa Jadi Penjaga Gol Kedua Liverpool Di Belakang Alisson

Boleh dikatakan, beliau kini sudah mula redha dengan ketentuan untuk dirinya.

Penjaga gol Liverpool, Simon Mignolet kini secara terbuka mengakui beliau sudah boleh menerima keputusan yang dilakukan oleh pengurus iaitu Jurgen Klopp mengenainya.

Beliau kini merupakan penjaga gol kedua Liverpool di belakang Alisson Becker.

Menurut laman Liverpool Echo, beliau kini lebih mengerti mengapakah dirinya diletakkan di belakang Alisson dalam kedudukan sebagai penjaga gol.

Kerana katanya, Alisson jelas menunjukkan kualiti beliau sebagai salah seorang penjaga gol yang terbaik di dunia ketika ini.

“Ya saya kini sudah boleh menerimanya.”

“Ia juga disebabkan pasukan bermain dengan baik dan Alisson merupakan sebahagian daripada mereka.”

“Beliau telah menunjukkan kualiti yang baik sebagai penjaga gol, dan telah membuktikan yang dirinya salah seorang 5 penjaga gol terbaik dunia – kalau bukan yang terbaik.”

Mignolet turut mengatakan sejak kehadiran Alisson ke Liverpool, kedua-dua penjaga gol itu saling mempelajari antara satu sama lain.

Sebagai pemain yang lebih berpengalaman, Mignolet tidak kedekut untuk mengajar Alisson mengenai cara untuk menyesuaikan diri dengan suasana bermain di Premier League yang jelas berbeza dengan Serie A.

Mingnolet kehilangan kedudukan sebagai penjaga gol utama pasukan pada tahun lalu apabila Klopp menggantikan beliau dengan Loris Karius.

Karius bermain dengan agak baik, namun prestasinya itu dibayangi 2 kesilapan beliau ketika perlawanan akhir UEFA Champions League yang mengakibatkan Liverpool kalah kepada Real Madrid.

Mignolet jelas cukup profesional terhadap pasukannya sejak turun pangkat dan tindakannya jelas dipuji oleh para pengikutnya di media sosial.

Tapi jelas di sudut hatinya, beliau mahukan beraksi dengan kerap kembali. Jika tidak dengan Liverpool, mungkin dengan pasukan lain.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN