Simon McMenemy Tak Layan Desakan Penyokong Indonesia

McMenemy

Dua kekalahan berturut-turut yang dialami bertemu Malaysia dan Thailand dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 jelas membuatkan para penyokong Indonesia berang.

Yang teruk menjadi mangsa kemarahan tersebut adalah ketua jurulatih, Simon McMenemy apabila sudah kedengaran seruan #SimonOut berikutan prestasi terumbang-ambing pasukan pada ketika ini.

Indonesia tewas 2-3 ditangan Malaysia pada 5 September lalu dan malang terus menimpa malam semalam selepas ditundukkan pula Thailand 0-3 juga di Stadium Utama Gelora Bung Karno.

Namun, bagi pengendali kelahiran Aberdeen, Scotland itu menurut sumber Bolalob yang merupakan media di Indonesia, beliau langsung tidak menghiraukan tekanan yang diberikan oleh penyokong Indonesia tersebut,

”Sudah tentu masih terlalu awal. Saya tidak mempunyai masalah dengan penyokong kerana mereka sentiasa mempunyai pendapat sendiri. Tetapi itu jelas tidak mewakili seluruh rakyat Indonesia.”

”Bola sepak kebiasaannya seperti ini. Saya memahami kerana kami bermain di laman sendiri dan kami menentang pasukan dengan yang dibarisi salah seorang pemain terbaik [Chanatip Songkrasin] di Liga Jepun.”

”Saya terkejut dengan ejekan yang diterima daripada penyokong, kadangkala jangkaan tidak realistik. Jika bercakap tentang realistik, pasti semua orang tahu bahawa Indonesia bukan juara Piala Dunia.”

”Sekiranya ada yang mengatakan sebaliknya, maka kita bukan hidup di planet yang sama,” ujar McMenemy.

Kredit foto: Bolasport

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN