Malaysia Muncul Juara Kejohanan Bola Sepak Veteran Cina Dunia

Malaysia muncul juara dunia Kejohanan Bola Sepak Veteran Cina Dunia sebentar tadi.

Kejohanan tersebut menyaksikan penglibatan dari 25 buah negara, membabitkan 500 pemain dari seluruh dunia.

Rata-rata pemain yang beraksi di kejohanan ini adalah bekas-bekas pemain yang pernah berkecimpung secara profesional satu masa dahulu.

Bagi kejohanan edisi 2019, ianya telah diadakan di Auckland, Switzerland. Antara negara yang mengambil bahagian kali ini adalah New Zealand, Hong Kong, China, Macau, Singapura.

Soh Chin Aun

Antara bintang ternama yang beraksi di kejohanan ini adalah Fan Zhiyi yang merupakan pemain China pertama beraksi dan bekas pemain antarabangsa negara tersebut, Gao Feng.

Manakala dari Malaysia, antara yang menjadi tumpuan semestinya adalah pemain legenda negara, Soh Chin Aun yang lebih dikenali dengan gelaran Tauke.

 

Satu ketika dahulu, Tauke turut dikenali sebagai ‘Dewa Perang’ di kalangan pengikut bola sepak seluruh Asia kerana kebolehan beliau di atas padang

Dalam perlawanan akhir yang berlangsung pada hari ini, Malaysia menundukkan Australia 2-0 hasil jaringan Liew Kim Tu dan Wong Sai Kong.

Antara pemain yang membarisi skuad negara di kejohanan di Auckland ini ialah Sia Chong Wee, Ching Hong Aik, Chee Wan Hoe, Ng Kong Nam Gary, Leong Kai Seong Leks, Wong Sai Kong Jason, Chong Tze Yuan Nicholas, Chan Swee Foo Willy, Liew Kim Tu, Yong Kung Liang, Tan Lye Huat. Ng Kwan Mun dan Ko Cheok San.

Kepada skuad veteran Cina negara, tahniah daripada kami di Semuanya BOLA.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN