Simeone Zaza Tewaskan Messi Untuk Anugerah Pemain Terbaik La Liga September

Simeone Zaza pada menjadi pemain penting dalam skuad Valencia pada musim ini. Aksi cemerlang Zaza telah membantu Valencia berada di tangga ke-2, dengan hanya dibezakan 4 mata di belakang Barcelona dalam kedudukan semasa La Liga.

Bekas pemain Juventus dan West Ham ini menjaringkan hatrik dalam kemenangan Valencia dengan jaringan 5-0 ke atas Malaga. Pada perlawanan berikutnya, Zaza menjaringkan gol untuk memnantu Valencia menang 3-2 ke atas Real Sociedad.

Aksi Zaza di atas padang mendapat pujian ramai pihak. Beliau banyak mencipta ruang dan juga peluang kepada rakan beliau. Ini adalah kali petama Zaza memenangi anugerah tersebut.

Musim lalu, Zaza turut cemerlang dalam beberapa perlawanan dengan Valencia.

Kali ini, La Liga melakukan pembaharuan dengan penyampaian anugera akan dilakukan pada hari perlawanan. Jadi, Zaza akan menerima anugerah itu sebelum sepak mula Valencia menentang Sevilla selepas ini.

Aksi memukau Zaza musim ini membuatkan ramai penyokong West Ham menyatakan mereka terkejut. West Ham enggan meneruskan hasrat untuk mendapatkan Zaza secara tetap.

Lebih perit untuk Zaza, Slaven Bilic tidak menurunkan beliau dalam beberapa perlawanan, meskipun West Ham kehilangan khidmat Andy Carroll.

Ini kerana Bilic mahu mengelakkan West Ham menggunakan Zaza dalam 15 ataupun lebih daripada 15 perlawanan. Itu akan membuatkan klausa pembelian tetap untuk pemain Itali itu diaktifkan serta merta.

Zaza juga gagal menambat hati Allegri selepas tempoh pinjaman.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN