Penjaga Gol Thailand, Kawin Thamsatchanan Diburu 3 Kelab J-League

Penjaga gol utama skuad kebangsaan Thailand, Kawin Thamsatchanan telah menarik minat 3 buah kelab dari liga utama Jepun untuk mendapatkan khidmatnya musim depan.

Difahamkan 3 buah kelab itu ialah Vegalta Sendai, Shimizu S-Pulse dan Consadole Sapporo menurut laporan daripada media Thailand.

Kawin kini beraksi untuk pasukan Muangthong United dalam saingan Thai League 1. Kontrak beliau bersama Muangthong United akan berakhir pada bulan depan dan dikatakan mahu mencari angin baru musim depan.

Beliau juga merupakan kapten skuad kebangsaan Thailand. Prestasi konsistennya dalam beberapa perlawanan telah mengukuhkan reputasinya sebagai penjaga gol nombor 1 Thailand dan juga antara penjaga gol terbaik di Asia Tenggara.

Penjaga gol yang berusia 27 tahun itu pernah menjalani ujian pemilihan bersama kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester United pada tahun 2010 selepas disyorkan oleh bekas kapten Manchester United, Bryan Robson.

Walaubagaimanapun, beliau mengalami kecederaan bahu sehingga memaksa beliau tarik diri dan berehat selama sebulan. Kecederaan itu memadamkan impiannya untuk beraksi di England.

Kawin menyertai Muangthong United ketika berusia 18 tahun pada tahun 2008. Pada musim pertama, beliau berjaya merebut posisi penjaga gol utama dan membantu pasukan menjuarai liga divisyen 1.

Selepas Muangthong layak ke Liga Perdana Thailand pada musim 2009-2010, beliau membantu pasukannya meraih kejuaraan liga selama 2 tahun berturut-turut pada tahun 2009 dan 2010.

 

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN