Pengurus Atletico Madrid, Diego Simeone menegaskan adalah cukup penting buat pasukannya untuk menumbangkan RB Leipzig dalam misi mereka untuk menjadi juara Eropah.
Menurut sumber Goal, Simeone mengatakan adalah satu perbuatan yang sia-sia selepas berjaya menumbangkan juara bertahan iaitu Liverpool jika gagal menewaskan Leipzig.
Kata beliau, kemenangan tersebut akan terus menjadi signifikan kepada sejarah kelab tetapi kini merupakan babak baharu buat mereka dalam misi mencari kejuaraan.
“Beberapa bulan telah berlalu dan semangat antara pemain di dalam skuad sudah pun mati akibat kita terpaksa duduk di rumah dan melakukan kuarantin.”
“Esok kita akan berhadapan dengan perlawanan yang cukup penting yang diketuai oleh pengurus muda yang melakukan kerja yang cukup cemerlang.”
Simeone cukup menghormati pencapaian yang dicipta oleh Julian Nagelsmann namun begitu kemenangan sahaja yang didambakan beliau dalam perlawanan tersebut.
“Saya cukup menghormati mereka tetapi apa yang penting adalah untuk menang kerana itu sahaja yang ada ketika ini.”
Atletico Madrid mempunyai peluang untuk mara ke perlawanan akhir UEFA Champions League buat kali ketiga dalam sejarah pengurusan Simeone dan mengubati kembali duka selepas tewas dua kali di tangan Real Madrid di perlawanan akhir.
Namun tugas mereka sedikit sukar apabila pemain utama seperti Angel Correa dan juga Sime Vrsaljko yang baru saja kembali dari ujian Covid-19.
Sungguhpun begitu, Simeone tetap akan menyesuaikan diri tanpa kelibat dua pemain tersebut dan terus untuk mara ke pusingan seterusnya.