Simeone: Ajax Ada Identiti, Real Madrid Hanya Pandai Beli Bintang, Man. City Tiada Sejarah

Pengurus Atletico Madrid, Diego Simeone, memberikan pandangan beliau tentang beberapa kelab besar di Eropah.

Paling panas beliau menuduh Real Madrid hanya pandai membeli bintang dan bergantung kepada bakat individu yang sudah ‘masak’ – dibeli dari kelab lain berbanding dengan falsafah bola sepak.

Manchester City pula disifatkan beliau sebagai kelab baru nak naik dan tidak ada sejarah.

Simeone berkata: “Apabila seseorang pengurus itu tiba di sesebuah kelab, mereka harus memahami sejarahnya. Jika kami tidak menghayatinya, kami akan berada dalam keadaan sukar.”

“Jika saya tidak dapat penghayatan itu, saya tidak akan menyertai sesuatu kelab itu.”

“Daripada fasa perbincangan untuk menyertai mereka, perkara yang terpenting adalah bertanya tentang sejarah sesuatu kelab. Ini untuk mencari idea menggabungkan gaya permainan dengan sejarah kelab itu. Tentu sahaja kamu masih menjadi diri sendiri.”

“Ajax memiliki ‘sekolah’ [filosofi] bola sepak mereka sendiri yang jelas. Begitu juga Barcelona, Juventus dan Atletico Madrid, semuanya ada identiti sendiri.”

“Namun Real Madrid tiada perkara itu. Ini kerana kelab itu sentiasa berubah. Mereka menukarkan bakat-bakat muda mereka dengan bakat-bakat luar yang mereka tandatangani untuk menguatkan pasukan. Kekuatan mereka bergantung kepada ‘dompet’ mereka.”

“Ada juga kelab yang baru lahir seperti Manchester City yang kini diuruskan Guardiola. Mereka tidak memiliki sejarah. Namun secara perlahan-lahan menampakkan dirinya mengikut apa yang diterapkan Guardiola.”

Pandangan Diego Simeone itu mengundang pelbagai reaksi. Lebih-lebih lagi beliau baru sahaja berbelanja ratusan juta dalam jendela perpindahan kali ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN