Isu Gaji Alex Moraes, PBNS Kemuka Bukti Dan Mahu PFAM Minta Maaf Secara Terbuka

Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan menyatakan kekecewaan mereka di atas tindakan PFAM yang memalit nama mereka dalam isu tunggakan gaji pemain. Sedangkan, menurut Setiausaha Kehormat PBNS, Satwant Singh, PBNS tiada isu dengan tunggakan gaji pemain.

Wartawan SemuanyaBOLA menghubungi Satwant Singh bagi mendapatkan penjelasan beliau berkenaan dengan perkara ini.

Satwant berkata: “Negeri Sembilan tiada tunggakan gaji. Yang ada hanyalah kelewatan bayaran melibatkan pemain import musim lepas, Alex Moraes, kerana ada sebab-sebab tertentu – pada ketika ini antara pemain tersebut dengan PBNS sebagai majikan lamanya.”

“Namun PBNS sudah melangsaikannya pada Jumaat lalu – 2 Ogos 2019. Manakala, CEO PFAM, Izham Ismail mengeluarkan kenyataan – menerusi kenyataan Bala RM6.4 juta – pada Ahad [4 Ogos 2019].”

“PFAM sepatutnya lebih teliti dalam semakan rekod mereka, sama ada perkara itu sudah diselesaikan ataupun tidak. Sebaliknya, mereka hanya menghubungi pemain menerusi WhatsApp. Sepatutnya, PFAM menghubungi pemain menerusi e-mail ataupun pengesahan dengan PBNS sendiri, untuk mendapatkan bukti bayaran.”

“PBNS sudah menyelesaikan bayaran [kepada Alex Moraes] pada Jumaat lalu, 2 Ogos 2019 – menerusi bank CIMB – dan kami ada bukti dokumen sah.”

“Oleh itu, saya meminta agar PFAM menyemak rekod dengan lebih teliti sebelum mengeluarkan kenyataan. Hal ini kerana, perkara seperti ini boleh menjejaskan imej persatuan kita [PBNS].”

“PBNS tiada isu tunggakan gaji pemain. Bayaran gaji bulanan terakhir kami buat kepada para pemain adalah pada 29 Julai lalu.”

“Seterusnya, PFAM tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan secara umum/pukul rata. ”

“Apabila Kenyataan berkaitan tunggakan RM6.4 juta itu dibuat terlalu umum, ia akan menampakkan seolah-olah Negeri Sembilan/PBNS bermasalah dan dikategorikan sama seperti pasukan yang bermasalah contohnya seperti TCFC, Hanelang dan sebagainya.”

Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Penasihat PBNS, Yang Amat Berhormat, Dato’ Seri Aminuddin Bin Harun, antara orang yang terawal memberikan respon kepada kenyataan PFAM itu.

Ianya bukti bahawa beliau sangat komited dengan pembangunan dan peka terhadap isu berkaitan bola sepak di negeri tersebut. Beliau turut terkejut dengan kenyataan PFAM itu.

Satwant: PFAM perlu minta maaf

Satwant menegaskan: “PBNS menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada PFAM. Dan berharap agar PFAM tidak berterusan membangkitkan kes Alex Moraes. Sila buat penelitian sebelum membuat kenyataan.”

“Tolonglah dapatkan rekod secara lebih profesional dan jangan buat kenyataan secara pukul rata. Imej PBNS telah tercalar. Orang ramai mulai menyemai persepsi menganggap PBNS adalah pasukan yang bermasalah membayar gaji pemain seperti beberapa pasukan yang bermasalah dengan tunggakan gaji.”

PFAM sahkan bayaran sudah diterima oleh Alex Moraespp

Seterusnya pada petang 6 Ogos 2019, PFAM menerusi Facebook rasmi mereka: mengesahkan bahawa mereka sudah menerima maklum balas daripada Alex Moraes bahawa pemain itu menerima bayaran daripada PBNS.

Satwant Singh berkata, pihaknya masih tidak berpuas hati dengan kenyataan PFAM seakan-akan menampakkan bayaran hanya dibuat oleh PBNS selepas 4 Ogos 2019, iaitu tarikh selepas kenyataan daripada Ketua Eksekutif PFAM.

“Berkenaan tentang kenyataan PFAM yang menyatakan mereka mendapat respon daripada pemain menerusi WhatsApp.”

“Mereka sepatutnya menghubungi pemain lebih awal, sekurang-kurangnya pada 4 Ogos, sebelum mereka mengeluarkan kenyataan. Lagipun kenyataan itu tidak langsung menyatakan tarikh wang itu dimasukkan ke dalam akaun.”

“Kami memang sudah membuat bayaran pada 2 Ogos lalu. Jika negara [Alex Moraes] terlalu jauh dan sukar untuk menghubungi pemain yang berada di Sao Paolo Brazil, dan juga perbezaan waktu adalah 14 jam. Itu bukan masalah di pihak kami.”

“Kenapa perlu terlalu memanjangkan isu sampai nak cari perkara teknikal. Kalau betul tak mengapa. PFAM janganlah gunakan perbualan whatsApp tanpa ada bukti dokumen yang betul.”

“Kami di PBNS sentiasa membuka pintu kepada semua pihak untuk mendapatkan penjelasan.”

“Susah sangat ke permintaan kami, meminta mereka untuk minta maaf. Sampai nak berbalah, selepas mereka [PFAM] membuat kenyataan 2 hari lambat [daripada tarikh bayaran yang telah di bank-in].”

Seterusnya Satwant turut menegaskan mereka kini memiliki bukti dokumen yang sah daripada bank – transaksi bertarikh 2 Ogos 2019 – berbanding dengan bukti perbualan WhatsApp oleh PFAM.

Dari segi undang-undang, bukti transaksi yang disahkan oleh bank itu adalah bukti kukuh.

Pandangan PBNS tentang PFAM

“Kami di PBNS berpendapat PFAM telah menjalankan tugas mereka dengan baik. Kami kenal ramai pegawai mereka kerana sentiasa bekerjasama dengan dekat.”

“Setiap negara memerlukan kesatuan seperti PFAM di peringkat profesional. Ini kerana mereka adalah kesatuan tunjang kepada para pemain. Cuma berharap, mereka dapat memperbaiki lagi prosedur pada masa akan datang.”

Diharap kemelut di antara PBNS dan PFAM ini diselesaikan dengan sebaiknya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN