Inter Milan secara rasmi mengesahkan telah menandatangani pemain pertahanan Croatia, Šime Vrsaljko bersama pasukan mereka.
Pemain berusia 26 tahun itu akan menyertai Inter Milan secara pinjaman selama satu musim dari Atletico Madrid.
Sumber Football-Italia melaporkan, Inter Milan telah membelanjakan sebanyak 6.5 juta Euro untuk mendapatkan pemain tersebut.
🖊| @Vrsaljko is a Nerazzurri player! 🙌⚫️🔵
👉 https://t.co/OrtEF8534O#WelcomeVrsaljko #InterIsHere #FCIM pic.twitter.com/h5EfaOYlNW
— Inter (@Inter_en) August 1, 2018
Namun, Inter Milan harus membayar baki selebihnya sebanyak 17.5 juta Euro dipenghujung musim nanti.
“Saya sangat gembira dan berbangga kerana dapat menyertai kelab hebat seperti Inter.” jelas Vrsaljko selepas selesai menjalani sesi ujian kecergasaan yang dipetik menerusi kenyataan beliau di laman rasmi Inter Milan
Mengulas mengenai pengaruh kuat dari rakan senegara yang membuat beliau memilih untuk menyertai Inter. Ini penjelasan Vrsaljko;
“Saya sudah berpengalaman di Itali, selepas kejayaan saya di Genoa dan Sassuolo, saya sudah bersedia untuk melakukan pengembaraan baru bersama Inter.
“Rakan sepasukan, Ivan Perišić dan Marcelo Brozović banyak mempengaruhi saya untuk datang ke sini, kami banyak bercakap tentang Inter”
“Selain itu, saya pernah menerima mesej dari Matteo Politano, dia memberitahu saya bahawa dirinya amat gembira mendengar berita yang dikaitkan saya dengan Inter. Saya dan Politano pernah bersama dalam satu pasukan semasa di Sassuolo.”
Selain itu, Vrsaljko turut bercakap mengenai impiannya bersama Inter untuk musim ini.
“Setiap pemain yang dimiliki mampu membawa sesuatu, kami bermain di Liga Juara-Juara musim ini dan kami semua akan berjuang dengan memberi kekuatan semaksima yang mungkin untuk mencapai keputusan penting.
“Apa yang paling pastinya, kami tekad mahu menjadikan seluruh peminat Inter Milan berasa gembira. ”
“Akhir kata, saya mengucapkan selamat buat semua peminat Nerazzurri, saya sentiasa bersemangat di padang dan saya berharap kita semua akan bahagia pada akhir musim.”