Siaran Langsung Liga Premier 2019 Boleh Ditonton Menerusi Mycujoo

Syarikat penyelia perkhidmatan televisyen internet, mycujoo diumumkan sebagai rakan penaja bersama Malaysian Football League (MFL) semalam. Itu bermakna mycujoo dilantik sebagai penyiar rasmi saingan Liga Premier musim 2019.

Difahamkan mycujoo akan menyiarkan perlawanan siaran langsung sekurang-kurangnya 50 peratus daripada jumlah keseluruhan perlawanan Liga Premier.

“Kami begitu teruja untuk menandatangani perjanjian ini bersama MFL,” kata Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama mycujoo, Pedro Presa dalam laman web MFL.

“Perjanjian ini bakal menyaksikan kami dapat mencipta hubungan lebih erat dan dekat bersama peminat-peminat tempatan. Inilah objektif sebenar mycujoo yang mana kami mahu merapatkan lagi hubungan dengan penyokong bersama MFL bermula daripada atas sehingga ke peringkat akar umbi.”

“MFL sentiasa berusaha keras untuk memenuhi keperluan penyokong bola sepak tempatan yang sentiasa mahu menyaksikan perlawanan pasukan kesayangan mereka disiarkan secara langsung,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam.

“Kehadiran mycujoo adalah tepat pada waktunya ketika penyokong tempatan teruja untuk mengikuti perkembangan Liga Premier musim ini.

“Saya percaya perjanjian ini akan memberikan peluang kepada semua peminat-peminat bola sepak Malaysia untuk menyaksikan pasukan mereka beraksi tidak kira mereka berada di mana jua.

“Sasaran kami adalah untuk menyiarkan semua perlawanan Liga Premier secara langsung pada musim 2020.” jelasnya.

MFL turut menyifatkan kehadiran mycujoo merupakan satu perkhabaran cukup gembira buat penyokong pasukan Negeri Sembilan, Kelantan, Sabah, Sarawak, Pulau Pinang, Terengganu FC II, Johor Darul Ta’zim II, UKM FC, UiTM FC, PDRM, Selangor United dan Perlis di dalam dan luar negara yang mahu mengikuti perkembangan pasukan mereka.

Liputan perlawanan siaran langsung menerusi dalam talian ini bukan sahaja dilihat dapat meluaskan lagi pengaruh pasukan dengan penyokong malah mampu menarik minat penaja ke atas pasukan bertanding.

Kempen Liga Premier musim ini akan bermula dengan perlawanan PDRM menentang UiTM FC pada 1 Februari ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN