Siapakah Pemain Bola Sepak Lain Yang Sesuai Menjadi Duta Tourism Malaysia?

Semua sudah ketahui bahawa Luis Suarez menjadi duta kepada Tourism Malaysia. Memang tidak dinafikan ada juga kritikan yang dilemparkan mengenai perlantikan beliau.

Difahamkan lantikan beliau untuk mensasarkan penduduk beretnik Latin. Bagaimana pula untuk penduduk di sekitar dunia yang daripada etnik dan negara lain?

Tetapi bagi penulis, ada juga individu yang boleh dipertimbangkan untuk menjadi duta pelancongan negara. Malah, mereka ini menepati sasaran kepada penduduk negara asal pemain tersebut serta negara sekitarnya.

Kami senaraikan pemain ini untuk tatapan bersama. Jika ada cadangan alternatif anda boleh kemukan di ruangan komen.

Shane Smeltz (New Zealand)

Shane Smeltz, pemain New Zealand. Sumber: Pinterest.

Bekas pemain import Kedah ini sebenarnya agak dikenali di New Zealand. Shane sebelum ini pernah beraksi juga di beberapa buah kelab dalam saingan Liga A Australia.

Antara kelab yang pernah beliau beraksi ialah Wellington Phoenix, Gold Coast United dan Perth Glory. Kami merasakan beliau sesuai menjadi duta untuk negara Oceania seperti Australia dan New Zealand.

Harus diingat, beliau pernah menjadi anggota skuad All Whites untuk Piala Konferendasi 2009 dan Piala Dunia 2010.

Francis Forkey Doe (Liberia)

Francis Forkey Doe ketika menyarung jersi Liberia. Sumber: Liberia Entertainment.

Jangan ketawa sesekali bila kami cadangkan nama beliau. Tapi ia ada relevan kerana beliau pernah mewakili Liberia untuk negaranya.

Nama beliau boleh dikatakan besar di negara sendirinya selepas zaman George Weah. Kerap juga dipanggil untuk mewakili negaranya ketika perlawanan berstatus antarabangsa.

Kalau digandingkan dengan Zah Rahan Krangar dan Patrick Wleh elok juga. Seeloknya sebagai video promosi di Liberia.

Kim Do-Heon (Korea Selatan)

Kim Do Heon, muka baru di unifi Liga Super. Sumber: Zimbio.

Pemain Negeri Sembilan ini juga dilihat sesuai dilantik Tourism Malaysia. Ya, sasaran kepada negara yang terkenal dengan industri muzik itu.

Bekas pemain West Bromwich Albion ini pernah menjadi skuad Korea Selatan semasa Piala Dunia 2006.

Marlon Alex James (St. Vincent & Grenadines)

Marlon Alex James.

Salah satu tonggak utama ‘double-treble’ Kedah sedekad lalu ini boleh menjadi ikon. Sekurang-kurangnya untuk ikon dari negara-negara Carribean dan Amerika Tengah.

Marlon pernah mewakili negara kelahirannya untuk kempen kelayakan Piala Dunia beberapa kali. Tetapi, beliau bukanlah pemain paling terbanyak gol untuk negara tersebut.

Issey Nakajima Farran (Kanada)

Issey Nakajima Farran. Sumber: CONCACAF.

Terus terang kami katakan beliau sangat layak menjadi duta Tourism Malaysia. Penyokong Terengganu tahu usaha beliau untuk berasimilasi dengan masyarakat tempatan.

Antaranya beliau seringkali memuatnaik status mengenai makanan tempatan negeri Pantai Timur itu. Menariknya, beliau seorang pelukis yang berbakat.

Adakah satu hati nanti beliau akan mewarnai kanvas lukisan mengenai Malaysia. Sebelum terlupa, beliau ikon sesuai untuk Kanada dan Amerika Syarikat. Beliau sebelum ini pun pernah beraksi dalam Major League Soccer.

Mohamed Salah (Mesir)

Hero Mesir era baru. Sumber: Al Bawaba.

Penulis percaya, ramai dalam kalangan kita pasti ingin menjadikan Mesir sebagai pasukan ingin ditonton pada Piala Dunia nanti.

Malah, ramai pelajar Malaysia menyambung pengajian di Mesir dalam pelbagai bidang.

Lantikan beliau amat sesuai kerana mempunyai reputasi terbaik di dalam dan luar padang. Walaupun pemilihan beliau dilihat tiada kena mengena dengan aksi domestik di Malaysia.

Sasaran? Negara-negara Arab.

Senarai lain

Kami juga ada menyenaraikan beberapa nama sesuai untuk dipertimbangkan sebagai duta Tourism Malaysia. Nama disebutkan ini juga diselitkan sasaran kepada negara diwakili.

Shaun Maloney (Britain), El Hadji Diouf (Senegal) dan Liridon Krasniqi (Kosovo serta negara bekas Yugoslavia) juga boleh dimasukkan.

Nota editor: Ini hanyalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili suara organisasi SemuanyaBOLA.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN