Pada hujung minggu lalu, peminat Liga Perdana Inggeris (EPL) dikejutkan dengan aksi seorang pemain muda, Tino Livramento yang membantu Southampton berdepan Manchester United dalam perlawanan yang berkesudahan seri 1-1.
Kelibatnya ternyata mencuri perhatian ramai. Pemain bek kanan Southampton berusia 18 tahun itu berjaya menyekat pergerakan pemain-pemain United yang jauh lebih berpengalaman seperti Luke Shaw, Paul Pogba, Anthony Martial dan Fred.
⭐️Man of the Match, @SouthamptonFC’s Tino Livramento
Touches 52
Interceptions 6
Clearances 2
Possession won 5
Dribbles completed 3
Distance covered 9.5km pic.twitter.com/K3pDqkuVGu— Sky Sports Statto (@SkySportsStatto) August 22, 2021
Siapa Tino Livramento?
Valentino “Tino” Francisco Livramento dilahirkan pada November 2002 di Croydon, England dan menyertai Akademi Chelsea sejak berusia 9 tahun lagi. Beberapa bulan lalu, beliau sebenarnya baru sahaja dipilih sebagai Pemain Terbaik Tahunan Akademi Chelsea bagi musim 2020/21.
Siapa mampu menyangkal kualiti yang dimiliki oleh skuad remaja The Blues, mereka telah menghasilkan ratusan produk berkualiti yang mewarnai pentas bola sepak di Eropah.
Musim lalu bersama skuad remaja Chelsea, Livramento telah merekodkan tiga gol dan 13 bantuan jaringan dalam 26 penampilan, sekaligus menerima pujian dari Thomas Tuchel yang melihat masa depan yang cerah pada pemain muda itu.
Namun ketika kontraknya berbaki setahun sahaja lagi, Beliau perlu membuat keputusan sukar demi kelangsungan kariernya.
18 years old Livramento shrugging off Fred and running the whole field to put in a cross for Southampton in his 2nd ever premier league appearance …made in Cobham!
No wonder Chelsea put in a buy back clause in his sale, class player.#CFC @Chelsea#CFCDev pic.twitter.com/6GGj8dcuxM
— Sanju Blue™ (@lifeofsanju) August 22, 2021
Jika terus kekal di Chelsea, di posisi bek sayap kanan itu terdapat Reece James dan Callum Hudson-Odoi yang menyerlah pada musim lalu. Kapten pasukan Cesar Azpilicueta pula kekal menjadi menjadi pemain penting buat Thomas Tuchel dan boleh bermain di tempat yang sama.
James boleh dikatakan beraksi dalam semua perlawanan kecuali ketika aksi bertemu Wolves (perlawanan pertama Tuchel) dan ketika aksi kemenangan bertemu Villarreal dalam saingan UEFA Super Cup baru-baru ini.
Ia jelas menunjukkan yang pengurus dari Jerman itu meletakkan kepercayaan penuh pada pemain pertahanan berusia 21 tahun itu.
Maka jelas di situ bahawa tiada ruang untuk Livramento mendapatkan minit permainan jika memilih untuk ‘setia’.
Barang jadi
Chelsea sendiri sememangnya cukup lazim dengan penjualan pemain-pemain mudanya kerana tidak dapat menjanjikan tempat di skuad utama.
Musim ini sahaja mereka telah menjual Marc Guehi kepada Crystal Palace, Lewis Bate kepada Leeds United dan Myles Peart-Harris kepada Brentfod. Musim lalu, pemain di posisi bek kanan, Tariq Lamptey turut dijual kepada Brighton.
RB Leipzig, AC Milan dan Aston Villa adalah di antara pasukan yang mengintai khidmatnya, tetapi Southampton berjaya memenangi perlumbaan dengan memuktamadkan pembelian bernilai £5 juta. Ia harga yang agak tinggi untuk seorang pemain yang baru berusia 18 tahun.
Tetapi sebagai persediaan jangka masa panjang, Chelsea berjaya memasukkan klausa beli semula di dalam kontraknya yang bernilai £25 juta.
Tengok aksi Livramento 'ayamkan' Luke Shaw semalam, percaya tak umur dia baru 18 tahun. Chelsea memang 'power' hasilkan bek kanan berkualiti. Sebelum ni pun terpaksa jual Tariq Lamptey sebab semua nak minit permainan.#TinoLivramento#Southampton#PremierLeague pic.twitter.com/17EVoOFIGC
— KOPPA (@koppatv) August 23, 2021
“Dia adalah salah seorang pemain muda terbaik di posisi tersebut di negara ini, sebab itulah begitu banyak kelab yang berminat untuk mendapatkannya,” ujar pengurus Southampton, Ralph Hasenhuttl dalam temubualnya bersama The Guardian.
“Namun akhirnya dia memilih untuk sertai kami. Saya rasa dia membuat keputusan yang sangat tepat.
Melihat kepada aksinya ketika menentang United tempoh hari, tidak syak lagi kualiti yang dimilikinya mampu membawa Southampton ke kedudukan terbaik pada musim ini.
Bek kanan England
Livramento mungkin boleh menjadi pemain bek kanan yang hebat, tetapi barang diingat bahawa di posisinya itu terdapat deretan pemain handalan lain. Oleh itu sekadar hebat sahaja tidak cukup, beliau perlu menjadi luar biasa dan menakjubkan.
Lihat sahaja nama-nama bek kanan England sedia ada seperti Kyle Walker, Kieran Trippier, Trent Alexander-Arnold dan Reece James. Semuanya masih beraksi di tahap terbaik bersama kelab masing-masing.
Trent Alexander-Arnold ✅
Reece James ✅
Kieran Trippier ✅
Kyle Walker ✅FOUR right-backs have been named in the latest England squad 🏴 pic.twitter.com/wSCQ9MHqcT
— GOAL (@goal) November 5, 2020
Kemudian pemain-pemain muda lain seperti Jonjo Kenny, Aaron Wan-Bissaka, James Justin, Max Aarons, Tariq Lamptey, Matty Cash dan Brandon Williams masih menanti peluang yang sama.
Memang menjadi impian buat mana-mana pemain bola sepak untuk mewakili negara mereka di pentas antarabangsa, tetapi dengan senarai ini sudah tentu Livramento perlu bekerja keras untuk merebut tempat yang amat terhad.
Maka bukan mudah tugasan buat Gareth Southgate selaku pengurus England untuk memastikan pemain yang dipilih mampu menghasilkan keputusan terbaik.
Penutup
Livramento telah pun mewakili skuad remaja England di setiap peringkat umur bermula bawah 15 tahun (B-15), B-16, B-17, B18 dan B-19. Tetapi seperti yang kita tahu, bukan semua pemain yang bernasib baik untuk menembusi skuad senior disebabkan persaingan yang amat sengit.
So proud of Tino Livramento – representing England v Turkey before Christmas. Work hard and he'll go right to the top #woodcotefootball #U15 pic.twitter.com/2QZTH5XHQe
— WHS PE (@WHS_PEDept) January 17, 2017
Beberapa pemain telah mengambil keputusan untuk mewakili negara lain bagi mendapat peluang beraksi di peringkat antarabangsa seperti Ciaran Clark, Ola Aina, Wilfried Zaha, Victor Moses dan ramai lagi.
Berdasarkan namanya sahaja kita sudah tahu, Livramento bukanlah dari keluarga asli Inggeris. Bapanya berasal dari Portugal. Sebagai pemain muda, beliau mengakui amat mengkagumi Cristiano Ronaldo.
Jika tidak berkesempatan mewakili England, Livramento boleh sahaja mengambil keputusan untuk mewakili negara asal keluarganya.