Tiba-tiba Mesut Ozil dikaitkan dengan perpindahan ke Liga 1 Indonesia selepas Raffi Ahmad mengumumkan perkhabaran itu dengan berkata jika tiada aral, pemain ternama dunia itu akan menyertai Rans Cilegon FC.
Rans Cilegon baru meraih gelaran naib juara Liga 2 Indonesia dan akan dinaikkan pangkat ke Liga 1 Indonesia musim depan. Kelab tersebut baru sahaja ditubuhkan pada tahun 2021 dan berjaya meraih tiket ke liga utama.
Antara pemain ternama Indonesia yang beraksi di Rans Cilegon adalah Hamka Hamzah dan Cristian Gonzales.
SAH! Raffi Ahmad mengubah Cilegon United menjadi Rans Cilegon FC dan menunjuk Hamka Hamzah sebagai manajer dan Bambang Nurdiansyah sebagai pelatih kepala! 🤝 pic.twitter.com/sKzalXDmu5
— GOAL Indonesia (@GOAL_ID) March 31, 2021
Malah, Hamka Hamzah yang merupakan bek tengah itu juga pengurus pasukan berpangkalan di Cilegon itu.
Mengapa Mesut Ozil boleh dikaitkan dengan Rans Cilegon yang bukanlah sebuah kelab ternama di Indonesia?
Rans Cilegon adalah kelab milik usahawan di Indonesia yang juga seorang selebriti popular, Raffi Ahmad. Malah, nama kelab juga adalah daripada singkatan namanya, RA (Raffi Ahmad) dan isterinya Nagita Slavina (NS).
https://twitter.com/suara_bergema/status/1480792674210705408
Dikhabarkan menerusi portal Suara.com, kekayaan pasangan suami isteri itu tidak perlu diragukan. Mereka memiliki perniagaan sendiri, RANS Entertainment yang terlibat dalam pelbagai jenis cabang perniagaan. Walaupun tidak tersenarai dalam senarai jutawan di Indonesia, namun mereka antara selebriti terkaya.
Saluran hiburan RANS Entertainment memiliki 22.5 juta pelanggan dan menurut sebuah syarikat statistik dan analisis media sosial, Social Blade, mereka menganggarkan pendapatan RANS Entertainment daripada segi pengiklanan sekitar AS$ 577.8 ribu hingga AS$ 9.72 juta bersamaan dengan RM2.42 juta hingga RM40.74 juta.
BREAKING!
2014 World Cup champion, Mesut Özil, is reportedly has a verbal agreement with RANS Cilegon FC for Liga 1 2022/23! pic.twitter.com/P4PgIxJgv5
— footballIndonesia (@footballinanews) January 10, 2022
Menurut Raffi Ahmad ketika bercakap di laman YouTube Rans Entertainment tentang pemain itu, “Mesut Ozil berminat untuk beraksi dalam Liga 1 musim depan. Saya telah berkomunikasi dengannya dan saya boleh katakan kami telah mencapai kesepakatan. Tujuan kami adalah untuk membina pasukan yang kuat di Asia.”
Walaupun belum dapat dipastikan kebenaran khabar tersebut, namun beberapa media di Turki iaitu di mana Mesut Ozil sedang beraksi saat ini bersama Fenerbahce sudah membuat liputan mengenainya. Antaranya Fenerbahce News yang menerbitkan artikel, ‘Presiden mengumumkan mereka mendapatkan Mesut Ozil’.
Malah, Raffi Ahmad pernah ke Istanbul ketika Rans Cilegon dijemput ke sana untuk menjalani kem latihan pusat. Beliau juga dilihat sempat berkunjung melawat beberapa kelab bola sepak dalam TFF 1. League.
RANS Cilegon dirumorkan tertarik merekrut gelandang Fenerbahce, Mesut Ozil. Hal itu disampaikan oleh pemilik RANS Cilegon, Raffi Ahmad. Merujuk Transfermarkt, harga Mesut Ozil berkisar 3,70 juta euro atau setara Rp60 miliar.
cr : @antaranews #ozil #fenerbache #liga1 #RANSFC pic.twitter.com/4GllBNR89I
— Fuzzball Indonesia (@fuzzballid) January 10, 2022
Berdasarkan Transfermarkt, nilai perpindahan bekas pemain Real Madrid dan Arsenal itu mencapai angka Euro 3.70 juta atau sekitar RM17.8 juta. Ia bakal menjadi perpindahan termahal dalam kancah Liga Indonesia.
Kontraknya bersama Fenerbahce pula masih berbaki sehingga Jun 2024. Mampukah Raffi Ahmad menebus kontrak Mesut Ozil? Atau ini hanyalah ‘muslihat’ pemasaran daripada seorang usahawan berjaya sepertinya?
Dengan kelab yang masih baru dalam arena bola sepak, sudah tentu beliau mahu ‘memperkenalkan’ kelabnya kepada semua pihak. Sebelum ini, anda pernah mendengar tentang Rans Cilegon? Sudah tentu tidak. Kini, akhbar dari pelbagai pelosok dunia menyebut nama kelabnya termasuklah juga dengan di Malaysia.
Sebagai usahawan dalam bidang hiburan, gimik pemasaran memang ada dalam kamus karier mereka.
Melihatkan karier Mesut Ozil di Fenerbahce, beliau sudah beraksi dalam 31 perlawanan dan melakar lapan gol. Mustahil buatnya untuk berhijrah melainkan ia tawaran yang jauh lebih menarik. Jika usahasama mengenai pembelian kelab, itu tampak lebih relevan apabila Mesut Ozil pernah membeli saham sebuah kelab di Mexico.