Siapa Jaguh Bola Sepak Lelaki Dalam Temasya Sukan Serantau di Asia?

Hari ini final untuk ‘ibu segala pingat’ iaitu bola sepak dalam saingan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017. Di kesempatan ini, kami menyelusuri informasi di sekitar Asia untuk berkongsi pasukan manakah yang sebenarnya menjadi jaguh acara ini dalam temasya sukan serantau.

Buat pengetahuan semua, Asia sebenarnya menyaksikan 5 temasya sukan dianjurkan. Temasya tersebut ialah Sukan Asia Barat (West Asian Games), Sukan Asia Timur (East Asian Games), Sukan Asia Selatan (South Asian Games).

Selain itu, Sukan Asia Tengah (Central Asian Games) dan Sukan Asia Tenggara juga turut dianjurkan. Perlu diketahui, acara bola sepak lelaki sudah menjadi acara wajib dalam mana-mana temasya sukan di Asia.

Sukan Asia Selatan

India menentang Nepal dalam Sukan Asia Selatan 2016. Sumber: Sports24Hour.

Ia pertama kali dianjurkan pada 1984 di Nepal. Kali terakhir ia dilangsungkan pada 2016 di mana India menjadi tuan rumah edisi ke-12.

Peraturan menempatkan pemain berumur bawah 23 tahun juga dikenakan dalam acara bola sepak. Untuk rekod, Pakistan sudah menggondol 4 kali pingat emas. Seteru utama mereka, India sebanyak 3 kali.

Tapi, hairan juga mengapa suhu rivalry bola sepak antara India dengan Pakistan tidak sepanas di Asia Tenggara? Walaupun serumpun.

Nepal sekali lagi menjadi tuan rumah pada 2019.

Sukan Asia Timur

Acara bola sepak sewaktu Sukan Asia Timur pada 2013. Sumber: Zimbio.

Acara ini juga mensyaratkan peraturan pemain bawah 23 tahun mesti didaftarkan. Shanghai, China menjadi hos pertama Sukan Asia Timur pada 1993.

Namun, ia hanya sempat diadakan enam kali sahaja sebelum dibubar pada 2013. Sukan Asia Timur diadakan 4 tahun sekali. Korea Selatan merangkul 2 kali pingat emas bola sepak temasya ini.

Sukan Asia Barat

Acara bola sepak di Sukan Asia Barat pada 2005. Sumber: Google Images.

Iran menjadi penganjur pertama pada 1997 dan mereka menjadi pemenang emas pertama acara bola sepak di temasya Sukan Asia Barat. Sayang sekali, Sukan Asia Barat hanya bertahan 3 edisi sahaja.

Pada 2002, Kuwait meraih emas acara ibu segala pingat ini. Begitu juga Iraq pada 2005 di mana Qatar menjadi tuan rumah.

Nota penulis: Maklumat mengenai acara bola sepak di Sukan Asia Tengah agak sukar ditemui. Malah, kali terakhir ia dianjurkan pada 2011 di Kazakhstan.

Difahamkan ia telah dianjurkan sebanyak 8 kali dengan menyaksikan 5 negara sahaja bertanding. Negara tersebut ialah Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Turkmenistan dan Uzbekistan.

Sukan Asia Tenggara

29 kali ia dianjurkan secara giliran oleh negara Asia Tenggara. Sukan Asia Tenggara ini pertama kali dianjurkan pada 1959. Skuad Thailand menggondol emas 15 kali dengan kali terakhir pada 2015.

Malaysia pula 6 kali memenangi emas. Mereka memenanginya buat kali terakhir pada 2011. Myanmar pula memenanginya sebanyak 5 kali. Indonesia hanya memenangi dua kali manakala Vietnam hanya sekali.

Agak meriah bukan? Maklumlah, ia menjadi buruan utama untuk membuktikan siapa jaguh bola sepak di Asia Tenggara. Masakan tidak, sudah lama tiada wakil Asia Tenggara yang ke Piala Dunia. Apatah lagi untuk menjuarainya.

Mungkin sudah cukup menjadi jaguh dan terbilang di serantau.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN