Siapa Dua Pemain Korea Selatan Yang Menjalani Latihan Bersama Indonesia?

Dua pemain Korea Selatan telah dilihat dalam sesi latihan yang membabitkan skuad kebangsaan Indonesia bawah 20 (B-20) baru-baru ini di Turki dan telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan penyokong.

Menurut laporan dikeluarkan oleh Bola.com, kedua pemain yang kelihatan asing itu merupakan anak kepada pengendali Indonesia  iaitu Shin Tae-yong.

Dua anak lelaki jurulatih tersebut dikhabarkan turut menjalani latihan bersama para pemain muda Indonesia kini di Turki dalam persediaan untuk menghadapi Moldova sebagai aksi persahabatan.

Kedua pemain itu ialah Shin Jae-wong dan Shin Jae-hyuk yang mengatakan mereka tiba di sana kerana ingin melepaskan rasa rindu kepada Tae-yong setelah agak lama tidak bertemu.

Dan sebagai pemain profesional, tujuan lain mereka di sana adalah untuk terus mengekalkan prestasi semasa dengan menyertai kem latihan bersama skuad Indonesia B-20.

Walaupun begitu, kedua pemain ini hanya menyertai latihan fizikal sahaja dan tidak terbabit ketika persiapan taktikal yang direncanakan oleh Tae-yong kepada anak-anak buahnya.

“Ya, mereka menyertai kem latihan kami sejak 28 Oktober lalu, dan tujuan sebenar kehadiran dua pemain tersebut hanya untuk mengekalkan prestasi semasa,” jelas pembantu jurulatih iaitu Nova Arianto.

Salah satu info menarik mengenai anak bongu Tae-yong iaitu Jae-hyuk, beliau merupakan rakan sepasukan pertahanan kental Indonesia iaitu Asnawi Mangkualam dalam pasukan Ansan Greeners.

Dikhabarkan juga kedua pemain itu sering dibawa turun dalam kesebelasan utama dan menjadi antara tunjang pasukan pada musim ini.

Sementara abang Jae-hyuk iaitu Jae-wong pula, pemain tersebut kini beraksi dalam saingan K-League 1 bersama Suwon FC sebagai pemain tengah.

Ketika ini, saingan liga di Korea Selatan sudah pun tamat dan itu menyebabkan kedua anak jurulatih Indonesia tersebut tidak bermasalah untuk menjalani sesi latihan bersama mereka di Turki.

Indonesia bakal berhadapan Moldova pada hari ini dalam aksi persahabatan untuk menguji kekuatan semasa mereka sebagai persediaan sebelum menghadapi saingan Piala Asia dan Piala Dunia tahun hadapan.

“Aksi menentang Moldova pada 1 dan 4 haribulan ini sebagai langkah persiapan dan berharap kami mendapat keputusan yang baik untuk perlawanan tersebut,” ujar Tae-yong.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN