“Siap Belanja Jersi Kot” – Penyokong Harimau Malaya Ini Kata De Paula Tak Merajuk

Guilherme de paula tak merajuk aff 2020

Penyerang naturalisasi negara, Guilherme de Paula sentiasa menjadi tumpuan dalam saingan Piala AFF Suzuki 2020 dan aksinya ‘belanja’ jersi miliknya kepada penyokong mungkin gambaran yang beliau tidak merajuk.

Dalam aksi pertama ketika menewaskan Kemboja 3-1 pada Isnin lalu, beliau menjadi tumpuan sekali lagi atas sikapnya selepas dikeluarkan pada minit ke-65 untuk memberi ruang buat Luqman Hakim untuk masuk.

Menurut ciapan Gabriel Tan yang merupakan koresponden ESPN FC di akaun Twitternya, “Guilherme de Paula kurang gembira ketika digantikan, entah mengapa dia dilihat merenung tajam penyokong-penyokong Malaysia yang memberikan tepukan gemuruh kepadanya, sebelum membaling botol air di bangku simpanan.”

De Paula ‘Koyak’ Dengan Ekor Harimau Malaya Sehingga Baling Botol Air Di Bangku Simpanan?

Adakah sorakan gemuruh ‘ekor’ Harimau Malaya yang berada di Stadium Bishan menyebabkannya terasa?

Jika terasa sekalipun, adakah ‘protes’ membaling botol memberikan kepuasan kepada Guilherme de Paula?

Begitupun, pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe katakan di sidang media selepas itu, beliau akan uruskan perkara tersebut. “Saya yakin beliau cukup matang untuk hadapi keadaan ini,” tegas Cheng Hoe lanjut.

Ketika skuad kebangsaan menang 4-0 ke atas Laos dalam perlawanan kedua Kumpulan B, Guilherme de Paula hanya diturunkan ketika perlawanan berbaki lebih kurang 10 minit. Malaysia sedang selesa mendahului aksi dengan kelebihan empat gol dan sudah mula mengurangkan intensiti perlawanan kepada lebih bertahan.

Kali ini pemain naturalisasi ketiga Harimau Malaya itu tampak mempamerkan sisi lainnya. Sejurus perlawanan berakhir, beliau telah pergi ke tempat duduk penyokong dan melemparkan jersinya untuk dihadiahkan kepada mereka. Menurut ciapan @isasukeyell, “Mana ada De Paula merajuk, marah-marah. Siap belanja jersi kot.”

Mungkin ada benarnya. Guilherme de Paula sebelum ini ada menyatakan beliau tidak marah kepada sesiapa, sama ada jurulatih ataupun rakan sepasukan. Ungkapnya di Instagramnya, “Insiden yang berlaku semalam [berdepan Kemboja] telah disalah erti oleh pihak tertentu dan meletakkan saya dalam keadaan tidak baik.”

“Sejujurnya saya berasa kurang baik selepas saya sudah memberikan 100 peratus. Cuma kadang-kadang mungkin kita rasa kita boleh buat lebih daripada apa yang kita ada,” tegasnya lanjut yang memberi gambaran sikap dan tindak tanduknya tempohari adalah ‘luahan’ kekecewaannya dengan prestasinya sendiri.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN