De Paula ‘Koyak’ Dengan Ekor Harimau Malaya Sehingga Baling Botol Air Di Bangku Simpanan?

Guilherme De Paula Malaysia Kemboja

Apa lagi yang tak kena dengan penyerang naturalisasi Harimau Malaya, Guilherme de Paula apabila sekali lagi mempamerkan sikap ‘kurang baik’ dan telah mendapat perhatian, Gabriel Tan, koresponden untuk ESPN FC.

Ini boleh kita katakan kali ketiga beliau mempamerkan sikap sebegini ketika mewakili skuad kebangsaan. Dan kali ini sedikit mengecewakan apabila ia mendapat perhatian wartawan luar negara. Adakah tidak ada sekelumit perasaan bangga di hatinya apabila dapat mewakili negara di saat ramai lagi penyerang mahukan peluang itu?

Kali pertama ketika beliau meledak jaringan penalti yang dirai dengan larian ‘pantas’ dan kemudian melempar air ke kamera tepi padang dan kemudian meraikan bersama Safawi Rasid dengan gaya seperti ‘membahan’ penyokong sendiri. Ini dek kerana prestasi mereka yang dikritik para pemerhati, media dan penyokong negara.

Menurut ciapan Gabriel Tan yang merupakan koresponden ESPN FC di akaun Twitternya, “Guilherme de Paula kurang gembira ketika digantikan, entah mengapa dia dilihat merenung tajam penyokong-penyokong Malaysia yang memberikan tepukan gemuruh kepadanya, sebelum membaling botol air di bangku simpanan.”

Guilherme de Paula diturunkan dalam kesebelasan utama skuad negara berbanding pilihan lain yang ada di tangan pengendali, Tan Cheng Hoe. Kepercayaan Cheng Hoe terhadapnya dibalas dengan sikap sebegitu.

Ia bermula di minit ke-65 apabila Guilherme de Paula dikeluarkan oleh Cheng Hoe untuk penyerang muda, Luqman Hakim Shamsudin apabila dilihat sudah mula kurang memberi sumbangan di jentera serangan. Beliau dilihat semakin menyendiri berbanding cuba untuk terlibat dalam membantu skuad negara mengasak.

Adakah sorakan gemuruh ‘ekor’ Harimau Malaya yang berada di Stadium Bishan menyebabkannya terasa?

Jika terasa sekalipun, adakah ‘protes’ membaling botol memberikan kepuasan kepada Guilherme de Paula?

Bercakap di sidang media sejurus perlawanan, memetik daripada Vocket FC, Cheng Hoe berkata, “Sebagai seorang jurulatih, saya rasa kita akan handle perkara ini. Pastinya dia telah memberikan yang terbaik dalam latihan dan sangat komited tetapi kadang-kadang disebabkan oleh frustration mendapatkan jaringan.

“Saya yakin de Paula cukup matang untuk mengawal situasi ini, dan saya harap dia akan memberikan motivasi yang baik, contoh kepada pasukan. Saya percaya dia bersedia untuk perlawanan seterusnya,” ulas pengendali itu selepas mereka membenam Kemboja dengan keputusan 3-1 dalam aksi sulung Piala AFF Suzuki 2020.

Gol-gol pasukan negara telah dijaringkan oleh Safawi Rasid di minit ke-23 menerusi sepakan penalti, Akhyar Rashid (minit ke-61) dan R. Kogileswaran (minit ke-79) sebelum Kemboja meraih gol seaguhati di penghujung perlawanan, juga menerusi sepakan penalti yang telah disempurnakan oleh bek kiri mereka, Sath Rosib.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN