Telemovie Si Kijang Merah Bakal Disiarkan Di Kaca TV, Badhri Radzi Turut Berlakon

Industri hiburan tempatan terutamanya drama dan filem boleh dikatakan ketandusan drama bertemakan sukan amnya dan bola sepak khususnya.

Jika tidak silap, hanya filem Jejak Warriors dan Ola Bola sahaja merupakan filem berasaskan bola sepak sementara filem Gol & Gincu pula bertemakan sukan futsal.

Namun begitu, peminat filem dan drama yang minat akan filem bertemakan bola sepak dijangka tidak akan kecewa kerana sebuah telemovie akan disiarkan di kaca TV mengenai bola sepak!

Si Kijang Merah

Di awal artikel kami ada menyebut filem bertemakan bola sepak yang bertajuk Jejak Warriors yang merupakan kisah mengenai seorang penyokong Kelantan dan juga penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT).

Kali ini, sebuah telemovie bertemakan bola sepak bakal ditayangkan di kaca televisyen di sebuah stesesen televisyen tempatan tidak lama lagi.

‘Si Kijang Merah’ merupakan sebuah filem berasaskan bola sepak yang bakal menemui penonton di stesen televisyen TV3 tidak lama lagi.

Telemovie itu merupakan sebuah telemovie dari pihak penerbitan Orange Tree Productions dan merupakan filem arahan dari pengarah Nizam Zakaria.

Telemovie ini merupakan filem yang mengisahkan tentang perseteruan diantara pasukan Kelantan dan JDT yang satu ketika dahulu pernah mencapai tahap kemuncaknya.

Ia dibarisi oleh barisan pelakong terkenal yang terkenal seperti Zamarul Hisyam serta Mustafa Kamal.

Lebih menarik, filem ini juga bakal menyaksikan kemunculan watak-watak ikonik yang ada dalam bola sepak Kelantan.

Lagenda Dali Omar serta kapten Kelantan Badhri Radzi juga bakal buat kemunculan dalam telemovie ini.

Si Kijang Merah ini bakal disiarkan di slot Cerekarama di TV3 pada Sabtu, 18 Mac 2017 jam 9.

Baca juga: Statistik: AS Monaco Teruskan Rekod Cemerlang Ke Atas Pasukan Dari England

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN