Shukor Adan: Saya Hanya Fokus Untuk Terus Beraksi Selagi Diperlukan

Shukor Adan

Pemain pertahanan berpengalaman Shukor Adan, yang bakal menginjak usia 42 tahun pada musim depan kini semakin hampiri rekod sebagai pemain paling tua di Liga Malaysia sejak era profesional diperkenalkan.

Dijangka akan terus bersama Kuala Lumpur pada 2021, Shukor berpeluang memecahkan rekod sebagai pemain paling tua yang menjadi milik penjaga gol di era 90-an dan awal tahun 2000, V Murugan yang kali terakhir beraksi dengan Melaka pada usia 43 tahun.

Namun, perkara itu tidak menjadi keutamaan buat Shukor yang sebaliknya dia masih berhasrat meneruskan kariernya bola sepak selagi ada pasukan mahukan khidmatnya.

”Sebenarnya saya tidak merancang bila usia hendak bersara dan semuanya bergantung kepada tawaran, jika kata, sudah tiada pasukan yang mahukan saya, pada satu hari nanti, saya akan berhenti juga daripada bermain bola sepak.”

”Saya tidak terfikir hendak membuat rekod sebagai pemain paling berusia di dalam negara ini kerana apa yang saya tengok adalah keadaan diri saya sama ada boleh terus bermain dan buat masa ini saya bersyukur kerana tiada sebarang kecederaan serius dekat diri ini.”

”Apa-apapun saya tengok dahulu prestasi dalam beberapa perlawanan musim depan kerana musim ini, saya hanya bermain dalam 8 ke 9 perlawanan kompetitif, jadi sukar untuk cakap bagaimana keadaan diri saya uuntuk harungi musim depan.”

”Namun, saya bersiap sedia beraksi di Liga Super sekali lagi kerana dahulu pada usia 40 tahun, saya pernah membantu Melaka dan saya kena persiapkan mental, fizikal dan tahap kecergasan jika mahu bermain di peringkat tertinggi.”

”Sebagai pemain senior, kita kena ‘play smart’ dan bukannya ‘play hard’ kerana tidak guna hendak kerah kudrat seratus peratus kerana pengalaman membaca permainan adalah senjata terbaik,” katanya.

Berasal dari Melaka, Shukor memulakan karier profesionalnya bersama Negeri Sembilan pada tahun 2000 dan dia pada asalnya merupakan seorang penyerang sebelum penyertaan di Selangor pada 2009 telah mengubahnya kepada pemain di posisi pertahanan.

Kehadirannya membantu Kuala Lumpur pada musim lalu nyata membuahkan tuah apabila membantu skuad warga kota itu ke Liga Super pada musim depan biarpun sebelum ini ramai sangsi akan kemampuan Shukor untuk bermain di peringkat tertinggi.

Mengenai cabaran Kuala Lumpur pada musim depan, Shukor mengakui bukan mudah buat mana-mana pasukan yang baharu dinaikkan ke Liga Super untuk memberikan saingan dan dia berharap mereka tidak bergelut untuk kekal dalam saingan Liga Super pada musim berikutnya.

”Sebenarnya kami belum tahu situasi menyeluruh untuk musim depan dan saya faham dalam situasi sekarang, persatuan mungkin sedikit lambat untuk buat keputusan.”

”Jika ditanya pandangan saya, apa yang paling utama bagi mana-mana pasukan yang mahu bersaing di Liga Super, persiapan yang lebih awal dan lama perlu dilakukan sebelum saingan bermula.”

”Selain itu, kualiti pemain-pemain import juga memainkan peranan penting kepada mana-mana pasukan di Liga Super kerana mereka akan banyak berikan perbezaan daripada banyak faktor,” tambah Shukor lagi.

Kredit featured image: Kuala Lumpur Hawks

Baca artikel lain dari kami mengenai Shukor Adan:

Norhafiz Zamani: Karisma Dimiliki Shukor Adan Sangat Istimewa

Shukor Adan: Jangan Jadikan Wabak Sebagai Alasan Lari Dari Tanggungjawab

Shukor Adan: Terima Kasih Rajinikandh & Khairul Anuar Baharom

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN