Shopee Piala FA: Tiket Final Mula Dijual Pada Hari Esok

Jualan tiket perlawanan akhir Shopee Piala FA yang dijadualkan berlangsung pada 7 Julai ini akan mula dijual pada hari esok menurut kenyataan daripada badan Liga Bolasepak Malaysia. (MFL).

Menurut Ketua Pegawai Operasi MFL, Mohd Shazli Shaik Mohd, sebanyak 80 000 tiket dicetak untuk perlawanan akhir kali ini dengan 30 000 tiket diagihkan kepada pasukan Selangor dan Pahang. Harga tiket untuk dewasa ialah RM50 seorang.

“Tapi bagi aksi final ini, kita dapat merasakan 80,000 tiket yang dicetak itu akan habis dijual. Kita akan cuba memastikan penyokong kedua-dua pasukan untuk membanjiri SNBJ,” katanya seperti dipetik dalam Berita Harian.

Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) turut diperuntukkan 750 tiket kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah yang berharga RM5.

Tiket berkenaan akan mula dijual pada jam 9 pagi esok di kaunter stadium Shah Alam dan stadium darul makmur termasuk baki 18,000 tiket dewasa dan 500 tiket kanak-kanak yang akan dijual secara dalam talian melalui www.tickethotline.com.my.

Tiket juga boleh didapati dengan diskaun 20% di paltform penaja pertandingan, Shopee.

Dengan diskaun 20% ini, sekeping tiket perlawanan final Shopee Piala FA 2018 akan berharga RM42 berbanding harga asal RM52.50 (RM50 harga tiket + RM2.50 cas pemprosesan atas talian).

Untuk mendapatkan diskaun 20% ini, penyokong Selangor dan Pahang perlu membelinya di pautan http://shopee.com.my/fmllp SAHAJA tertakluk kepada terma dan syarat.

Ketika ditanya sama ada kehadiran penyokong akan terjejas kerana tarikh perlawanan bertembung dengan tarikh perlawanan suku akhir Piala Dunia, Shazli yakin perlawanan sabtu ini tetap akan menarik jumlah kehadiran yang ramai ke Bukit Jalil.

“Mungkin kita perlu terima hakikat bahawa Piala Dunia menjejaskan kehadiran penonton dalam aksi liga dan separuh akhir Piala FA sebelum ini. Tetapi saya yakin, perlawanan akhir ini  akan menarik lebih ramai penonton.” ujarnya.

Stadium Nasional Bukit Jalil. FOTO: The Skop

Dalam pada itu, wakil dari Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, Asisten Superintendan (ASP) Fadli Minhat yang turut hadir pada mesyuarat berkenaan mengesahkan seramai 1,505 anggota akan bertugas di luar dan dalam stadium bagi memastikan tiada perkara tidak diingini berlaku pada hari perlawanan.

“Kita harap semua penyokong kedua-dua pasukan boleh datang awal ke stadium dan menggunakan laluan yang sudah ditetap. Malah, penyokong dinasihatkan menggunakan pengangkutan awam bagi mengelak kesesakan lalu lintas.

“Penyokong juga dinasihatkan tidak membawa barang larangan seperti senjata tajam dan seperti sedia maklum ketika ini kita masih dalam musim perayaan, jadi diharap penyokong tidak membawa masuk bunga api atau mercun ke stadium,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN