Previu: England Mahu Optimis, Colombia Kental Rebut Slot Suku Akhir

Pertemuan di antara Colombia dan England akan dilangsungkan di Stadium Spartak, Moscow pada awal pagi nanti.

Pasukan manakah yang akan menempah tiket selaku 8 pasukan terbaik Piala Dunia 2018?

Colombia

Colombia tidak pernah menewaskan England di pertemuan antarabangsa. Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu di pentas antarabangsa iala di Piala Dunia 1998. England menewaskan Colombia 2-0 dalam perlawanan tersebut.

Skuad Jose Pekerman mengesahkan laluan ke pusingan kalah mati ini selepas menewaskan Senegal dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Ia bukan permulaan yang dimahukan oleh Colombia, apabila terlebih dahulu dikejutkan oleh Jepun pada perlawanan pertama peringkat kumpulan.

MOSCOW, RUSSIA – JULY 02: Colombia players during a training session at the 2018 FIFA World Cup at Spartak Stadium on July 2, 2018 in Moscow, Russia. (Photo by Oleg Nikishin/Getty Images)

Walaupun prestasi Colombia menunjukkan peningkatan selepas itu, termasuk menewaskan Poland 3-0 di perlawanan kedua, Colombia dilihat tidak beraksi pada tahap sebenar, terutamanya di jentera serangan yang diketuai oleh Radamel Falcao dan James Rodriguez.

Rodriguez adalah penjaring terbanyak Piala Dunia 2014. Namun di Rusia, prestasi Rodriguez dibelengu oleh isu kecederaan.

England

Harapan tidak pernah setinggi ini bagi penyokong bola sepak England. Tiada lagi bayangan Jerman, Argentina, Sepanyol, ataupun Portugal sebagai pasukan pilihan lagi di Rusia.

Jika England benar-benar mengimpikan untuk menamatkan kemarau 52 tahun tanpa kejuaraan antarabangsa, maka Rusia 2018 adalah pentas terbaik untuk berbuat demikian.

Namun bagi pengendali England, Gareth Southgate, beliau lebih berminat untuk memberi fokus kepada Colombia terlebih dahulu sebelum menilai lawan dan laluan seterusnya.

Photo by PAUL ELLIS / AFP) (Photo credit should read PAUL ELLIS/AFP/Getty Images)

Southgate mempunyai sebab berkata demikian. Kali terakhir England menang dalam perlawanan kalah mati ialah 10 tahun yang lalu.

Bagi pemerhati bebas, skuad England pada kali ini adalah antara yang menarik perhatian dari segi idea dan taktikal permainan.

Fakta & trivia perlawanan:

  • England tidak pernah tewas kepada Colombia. 5 pertemuan sebelum ini berakhir dengan 3 kemenangan dan 2 seri buat England. Pertemuan terakhir membabitkan kedua-dua pasukan ialah perlawanan persahabatan antarabangsa di New Jersey. Hatrik Michael Owen membantu England menewaskan Colombia 3-2.
  • Satu-satunya pertemuan di Piala Dunia membabitkan kedua-dua pasukan ialah di Perancis pada 1998. Gol oleh Darren Anderton dan David Beckham melengkapkan kemenangan 2-0 England dalam perlawanan peringkat kumpulan.
  • Colombia layak ke pusingan kalah mati buat kali ke-3 (1990, 2014, 2018), namun ini adalah kali pertama Colombia berjaya layak dalam dua edisi Piala Dunia secara berturut-turut.Colombia hanya berjaya layak ke suku akhir sebanyak sekali dalam sejarah penyertaan Piala Dunia iaitu pada 2014.
  • Tiga daripada lima gol Colombia , dijaringkan melalui gerakan set-pieces (2 dari sepakan penjuru, 1 sepakan percuma). Hanya England menjaringkan lebih banyak gol dari bola mati di peringkat kumpulan sebanyak 6 gol.
  • Colombia sentiasa menjaringkan gol di setiap lapan perlawanan Piala Dunia terakhir yang dilalui mereka. Kali terakhir Colombia gagal menjaringkan gol ialah ketika tewas 2-0 kepada England.
  • 21 perlawanan terakhir membabitkan Colombia telah berakhir dengan jaringan. Hanya USA (33) dan Austria (29) yang beraksi lebih banyak perlawanan di Piala Dunia berbanding Colombia yang tidak pernah menghasilkan keputusan 0-0.
  • England hanya menang dua daripada lapan perlawanan di peringkat kalah mati  Piala Dunia (menentang Denmark, 2002; Ecuador, 2006), walaupun melepasi peringkat kumpulan sebanyak 6 kali dari 8 penyertaan di Piala Dunia.

Pemain tumpuan

Di dalam sistem 4-2-3-1 Colombia, James Rodriguez dan Juan Quintero mempunyai peranan yang amat besar merencana corak serangan Colombia.

(Photo credit should read LUIS ACOSTA/AFP/Getty Images)

Falcao turut perlu meningkatkan prestasi dalam perlawanan ini, jika Colombia mahu pergi lebih jauh.

Bagi England, sentuhan penyudah Harry Kane akan terus ditagih. Begitu juga dengan keupayaan Jese Lingard mencipta ruang, di kawasan pertahanan yang padat, dan kreativiti Dele Alli di bahagian tengah.

Menjelang sepak mula

Tahap kecergasan James Rodriguez masih menjadi persoalan utama buat Colombia selepas pemain tersebut mengalami kecederaan dalam perlawanan terakhir menentang Senegal.

(Photo by David Ramos – FIFA/FIFA via Getty Images)

Di kem England, Dele Alli yang tidak beraksi dalam perlawanan menentang Belgium dan Panama, dijangka akan kembali berada di dalam kesebelasan utama.

Rumusan

Jika kekuatan di atas kertas diambil kira, England sudah pasti mempunyai kelebihan. Namun England harus mengambil iktibar daripada kegagalan beberapa pasukan pilihan yang sudah pun tersingkir.

Mampukah Colombia menampilkan kejutan? Atau adakah England akan terus mara dengan impian mereka?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN