Shopee Piala FA: Perak Elak Daripada Dimalukan Jerantut FA

Perak memerlukan kebangkitan lewat pada separuh masa kedua untuk mengelakkan daripada dikejutkan oleh pasukan amatur – Liga M4 – Jerantut FA dalam aksi di Stadium Tun Abdul Razak semalam.

Jerantut FA memberikan aksi yang terpuji menentang pasukan dengan status Liga Super. Jerantut FA mendahului Perak pada separuh masa pertama selepas sepakan percuma Muhamad Firdaus Razak menewaskan Hafizul Hakim.

Pada separuh masa kedua Perak melakukan banyak percubaan dalam usaha menyelamatkan kempen Piala FA mereka.

Penjaga gol Jerantut FA antara watak yang cemerlang dalam perlawanan ini. Beliau menyelamatkan banyak sekali percubaan ke arah gawang beliau.

Namun begitu hasrat pasukan Liga M4 itu untuk menjadi pasukan amatur pertama mara ke suku akhir Piala FA tidak kesampaian.

Pada 15 minit terakhir, Perak melakukan kebangkitan dengan 2 gol menerusi Wander Luiz.

Luiz menanduk bola untuk gol pertama pada minit ke-75.

Dan selang 9 minit kemudian beliau memastikan pasukan Liga Super itu mengelak daripada dikejutkan Jerantut FA.

Tamat perlawanan Perak menang 2-1 dan mara ke suku akhir.

Jurulatih Perak, Mehmet Durakovic menganggap ianya perlawanan sukar kerana Perak tidak biasa bermain dalam kondisi padang. Namun beliau memuji keupayaan para pemainnya mengawal perlawanan.

Jurulatih Jerantut FA, Ahmad Nazri berbangga dengan semangat juang anak buahnya yang memberikan tentangan untuk 90 minit berhadapan pasukan seperti Perak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN