Shopee Piala FA: Kedah Waspada Kebangkitan PKNS FC

Skuad Helang Merah tekad memastikan tiket ke separuh akhir Piala FA berada dalam genggaman apabila bakal melayan kunjungan PKNS FC untuk saingan suku akhir kedua malam esok.

Meskipun mempunyai bekalan gol yang selesa hasil daripada kemenangan 3-1  di Stadium Shah Alam, ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak tidak mahu anak buahnya mengambil mudah terhadap cabaran pasukan lawan.

Aidil turut mengakui pasukan yang dikendalikan oleh jurulatih berpengalaman, Datuk K Rajagobal mampu menghukum kesilapan yang dilakukan oleh anak buahnya jika terleka sedikit pun.

“Kami tidak boleh ambil mudah walaupun Kedah kini berada dalam landasan yang terbaik kerana PKNS FC pasti hadir untuk tidak menyerah kalah dan mahu mencari gol seberapa banyak yang boleh,” katanya dalam Berita Harian.

FOTO: KFA

Justeru itu, beliau mahu pemainnya manfaatkan kelebihan di halaman sendiri untuk memastikan impian untuk mara ke perlawanan akhir Piala FA musim ini menjadi kenyataan.

“Kami akan teruskan semangat juang serta kesungguhan yang ditunjukkan di Shah Alam walaupun ada yang menganggap ianya bekalan selesa buat kami.

“Perjuangan tetap sama, sepertimana kami turun ke Shah Alam dengan kesungguhan mencari kemenangan, kami juga akan beraksi di laman sendiri dengan semangat berpasukan yang tinggi, serupa seperti perlawanan lalu.

“Saya amat berharap semua pemain dapat meneruskan rentak permainan denan penuh keyakinan dengan fokus kemenangan pada perlawanan Jumaat.

“Pemain harus ingat detik selepas memperolehi kemenangan pada perlawanan pertama menentang PKNS FC (3-1) dan perlawanan menentang Kuala Lumpur (5-2) baru-baru ini.” ujarnya.

Sepanjang bulan Ramadhan, skuad Kedah mengadakan sesi latihan pada sebelah malam selepas selesai solat sunat terawih di Stadium Darul Aman. Jika berjaya menyingkirkan PKNS FC, mereka akan bertemu sama ada FELDA United atau Kuala Lumpur di peringkat separuh akhir.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN