Pahang menunggu sehingga minit ke-85 untuk memastikan kemaraan mereka ke pusingan seterusnya.
Pahang berhadapan dengan UKM FC di Cheras – dalam aksi yang disaksikan kira-kira 1,481 penyokong.
Pasukan tuan rumah ternyata memberikan saingan yang sengit. Mereka hampir mendahului pada minit ke-18 menerusi Wan Mohammad Faiz. Namun percubaan beliau dinafikan oleh Helmi Eliza.
Pahang cuba memperbaiki rentak permainan dan cuba memperbanyakkan hantaran kepada ‘target man’ – Dickson Nwakaeme. Penyerang dari Nigeria itu menguji Khatul Annuar menerusi percubaan lemah pada minit ke-22.
Separuh masa pertama Pahang gagal untuk mendapat sebarang gol.
https://twitter.com/OfficialPahang/status/1118513833457283072
Bersambung babak kedua, pemain yang sedang berada dalam prestasi terbaik di hadapan gol – Ze Love melakukan percubaan gunting. Namun gagal menerjah gawang – hanya terkena tiang gol.
Pada minit ke-85, kapten Pahang, Matthew Davies akhirnya memberikan keceriaan kepada pasukan pelawat.
Ianya adalah satu usaha Davies untuk menghantar bola ke dalam kotak penalti. Berlaku kekeliruan dan bola itu menerjah gawang gol.
84'| GOL MATTHEW DAVIES!
'Hantaran' oleh Matthew Davies dari sebelah kanan terus menerjah jaring UKM FC untuk memecahkan kebuntuan di Cheras!
UKM FC 0-1 Pahang#ShopeePialaFA#MFLLive#UKMPHG pic.twitter.com/TdNJ5IvOA5
— MFL LIVE (@MFL_Live) April 17, 2019
UKM FC tidak dapat membalas gol tersebut dan kemenangan berpihak Pahang dengan jaringan tunggal oleh Matthew Davies.