Highlight UCL: Spurs Mara, Drama VAR Tamatkan Impian ‘Quadruple’ Manchester City

Tamat sudah impian quadruple Manchester City untuk musim ini.

Dramatik dan penuh kontroversi serta gol yang banyak. Itu antara rumusan perlawanan melibatkan Manchester City dan Spurs dalam aksi suku akhir kedua UCL di Stadium Etihad.

Manchester City tewas 1-0 dalam aksi pertama di tempat lawan. Mereka berusaha untuk

Manchester City mendahului 1-0. Dan kemudian Spurs pula bangkit dengan 2 gol untuk mendahului 2-1. Seminit selepas itu City menyamakan kedudukan 2-2 dan terus mendahului 3-2. Aguero meletakkan Man. City 4-2 di hadapan pada minit ke-59.

Pemain yang bergelut dengan prestasi musim ini, Fernando Llorente menjadikan kedudukan 4-3 pada minit ke-73, meletakkan Spurs dalam kelebihan jaringan di tempat lawan.

Raheem Sterling meraikan hatrik beliau pada masa kecederaaan 90+4′, namun ianya ditarik balik oleh VAR yang menyatakan binaan gol tersebut adalah ofsaid daripada Aguero.

Sebelum itu pada minit ke-73, pengadil Cuneyt Cakir turut kelihatan was-was untuk menghadiahkan gol kepada Llorente selepas tinjauan semula menerusi VAR. Para pemain City membantah gol itu, mendakwa bola terkena siku Llorente.

Namun selepas meneliti VAR, pengadil menyatakan bola terkena pada pinggul Llorente.

Drama di Etihad

Manchester City di hadapan seawal minit ke-4 menerusi pemain yang sedang berada dalam prestasi terbaik musim ini – Raheem Sterling.

Namun Son Heung min menyamakan kedudukan 3 minit kemudian. Ianya kerana kesilapan Laporte yang cuba menolak bola kepada rakannya.

Pada minit ke-10, Son Heung Min menjaringkan gol sekali lagi untuk menjadikan kedudukan 1-2. Gol yang berpunca juga daripada kesilapan Laporte. Ini bermakna City memerlukan 4 gol untuk mara.

Bernardo Silva menyamakan kedudukan 2-2 (menjadikan agregate 2-3) selepas rembatan beliau terbias pada Danny Rose.

Sterling kemudiannya menjadikan kedudukan 3-2 dan Manchester City menyamakan kedudukan agregate. 1 lagi gol akan meletakkan mereka berkelebihan agregat.

Bersambung separuh masa kedua, pada minit ke-59, Sergio Kun Aguero – yang ‘miss’ penalti pada perlawanan pertama – telah meletakkan Man. City 4-2 di hadapan sekaligus mendahului 4-3 secara agregat. Ini merupakan pertama kali City mendahului secara agregat dalam pertemuan ini.

VAR kemudian gagal untuk menghalang Spurs daripada mendapat gol ke-3 dalam perlawanan ini apabila gol Llorente tetap diberikan.

Pada masa kecederaan, penyokong Manchester City melompat kegirangan – begitu juga para pemain dan juga Pep Guardiola. Namun malangnya jaringan Sterling dibatalkan oleh VAR – kerana Aguero berada dalam kedudukan ofsaid.

Perlawanan tamat dengan kedudukan Manchester City 4 Tottenham Hotspur 3. Spurs mara dengan peraturan gol di tempat lawan.

Tottenham akan berhadapan dengan Ajax di separuh akhir.

Saksikan rangkuman perlawanan di sini:

Versi lebih panjang:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN