Shopee Piala FA: Baddrol Yakin Kedah Akan Mara Ke Perlawanan Akhir

Kejayaan menewaskan PKNS FC, 3-1 dalam saingan suku akhir pertama Piala FA di Stadium Shah Alam kelmarin telah membangkitkan semangat pemain Kedah untuk melangkah ke perlawanan akhir musim ini.

Dengan bekalan dua gol berjaya dibawa pulang ke Alor Star, kapten skuad helang merah, Baddrol Bakhtiar bagaimanapun tidak mahu rakan sepasukannya mengambil mudah terhadap cabaran skuad semut merah itu pada perlawanan suku akhir kedua nanti.

“Kami sangat gembira apabila dapat mencatatkan kemenangan positif di gelanggang lawan untuk membawa bekalan selesa pada perlawanan suku akhir kedua di Stadium Darul Aman minggu depan.

“Peluang untuk mara ke pusi­ngan seterusnya agak cerah tetapi ia tidak bermakna kami boleh bermain sambil lewa kerana PKNS FC telah buktikan pada babak kedua bahawa mereka tetap boleh bersaing meskipun bermain dengan 10 pemain.

“Apa yang pasti, kami meletakkan sasaran untuk mara ke final dan saya percaya ia boleh dicapai kerana pasukan musim ini dilihat sudah selesa dan yakin di bawah kendalian jurulatih baharu (Aidil Sharin Sahak),” katanya seperti dipetik dalam kosmo

FOTO: KFA

Sementara itu, jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak  itu memuji komitmen yang diberikan oleh anak buahnya untuk memastikan tiket ke peringkat separuh akhir berada dalam genggaman.

“Saya hanya mahu memikirkan tentang usaha keras yang dilakukan pasukan kami.

“Walaupun momentum kami agak menurun dalam babak kedua, setiap pemain masih memberikan komitmen yang luar biasa,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN