Shopee Piala FA: Aidil Sharin Mungkin Akan Turunkan Barisan Kedua Hadapi Selangor United

Ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak membayangkan akan menurunkan barisan kedua apabila bakal menentang Selangor United pada aksi pusingan kedua Piala FA di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam ini.

Bagaimanapun, beliau menegaskan tindakan itu dilakukan bukan kerana memandang rendah pada pasukan lawan yang beraksi dalam saingan divisyen 2 sebalik tetapi untuk memberi peluang kepada pemain simpanan membuktikan kemampuan mereka.

Ia juga merupaka salah satu strategi untuk merehatkan pemain utama yang telah berhempas pulas dalam saingan Liga Super minggu lalu.

“Kita lupakan seketika liga. Kebanyakan pemain memberikan persembahan terbaik pada perlawanan Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), minggu lalu.

“Ada perlu berehat seketika. Kita memiliki beberapa pemain lain yang berkualiti dan mampu menggalas tugas penting menentang Selangor United.

“Apapun, kita tetap tidak mengambil mudah setiap perancangan untuk Piala FA.,” katanya dalam Harian Metro

Aidil Sharin memerhatikan sesi latihan skuad Kedah semalam. FOTO: KFA

Mengulas mengenai barisan pemain yang akan diturunkan malam ini, Aidil dijangka akan menurunkan pemain pertahanan import yang tidak beraksi akibat digantung dalam dua perlawanan Liga Super sebelum ini iaitu Renan Alves.

“Saya percaya kemampuan pemain akan dipilih dan kami mahukan kekuatan seimbang.

“Kita lega kerana pemain pertahanan import, Renan Alves bersedia diturunkan semula selepas hampir sebulan tidak beraksi.

“Saya gembira dia kembali dan yakin dia akan mempamerkan persembahan terbaik,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN