Solskjaer Pertahankan Pogba, Puji Aksi Cemerlang McTominay

Tekanan terhadap pemain, Paul Pogba terus meningkat dengan gesaan daripada peminat dan perhatian oleh media menggesa pemain itu segera bangkit selepas menampilkan aksi mengecewakan dalam beberapa siri perlawanan bersama Manchester United sebelum ini.

Pogba seakan-akan kehilangan sentuhan yang sebelum ini dijelmakan beliau ketika di peringkat awal peralihan jawatan pengurus kelab.

Selepas menjaringkan sembilan gol dari 12 perlawanan, bintang kelahiran Perancis itu sehingga kini gagal mencetak sebarang gol dalam tujuh perlawanan terakhir. 

Solskjaer kekal tenang

Bagaimanapun, situasi yang dihadapi Pogba oleh itu langsung tidak mencemaskan pengurus pasukan, Ole Gunnar Solskjaer.

Bagi Solskjaer, beliau anggap jaringan hanya sebagai angka. Apa yang menjadi keutamaan beliau ialah supaya Pogba terus bekerja keras dan memberikan komitmen kepada pasukan.

WOLVERHAMPTON, ENGLAND – APRIL 02: Paul Pogba of Manchester United looks dejected following Wolverhampton Wanderers’ second goal during the Premier League match between Wolverhampton Wanderers and Manchester United at Molineux on April 02, 2019 in Wolverhampton, United Kingdom. (Photo by Chris Brunskill/Fantasista/Getty Images)

“Dia [Pogba] mampu dengan mudah melakukan bantuan gol setelah gandingan hebat dengan Romelu [Lukaku]. Itu hanya soal angka dan jumlah,” kata Solskjaer kepada Goal.

“Paul berusaha beraksi baik dengan pemain-pemain lain, kadang-kadang memang usaha beliau tidak mampu menghasilkan jaringan.”

McTominay menyinar

Ketika kemeruduman prestasi Pogba mendapat perhatian, giliran Scott McTominay pula untuk bersinar. Pemain tengah ini menjaring satu-satunya gol buat Manchester United ketika kelab itu tewaskan Wolves pada aksi awal pagi semalam.

Walaupun berhadapan kekalahan 1-2, aksi cemerlang McTominay membuat Solskjaer amat berpuas hati.

WOLVERHAMPTON, ENGLAND – APRIL 02: Scott McTominay of Man Utd scores their 1st goal during the Premier League match between Wolverhampton Wanderers and Manchester United at Molineux on April 2, 2019 in Wolverhampton, United Kingdom. (Photo by Simon Stacpoole/Offside/Getty Images)

“Dia [McTominay] tidak pernah mengecewakan kami. Beliau memberikan aksi yang baik. Tidak mustahil untuk membayangkan dia akan beraksi banyak perlawanan untuk United. Beliau memiliki mentaliti hebat, sangat cergas dan mampu bermain di beberapa posisi berbeza.”

Tambah Solskjaer lagi, “Hari ini dia bermain di posisi terbaiknya tetapi dia juga boleh bermain dalam berperanan sebagai pertahanan tengah. Kami sangat berpuas hati dengan aksi beliau.”

Leave a Reply