Shinji Kagawa Intai Perpindahan Ke Sepanyol Bersama Kelab La Liga

Setelah bertahun-tahun berkelana di Jerman, bintang tengah Jepun, Shinji Kagawa kini sedang mencari cabaran baharu dalam karier bola sepaknya apabila sedang mengintai peluang untuk berhijrah ke Liga Sepanyol selepas mengharungi tempoh sukar bersama kelab Jerman, Borussia Dortmund.

Dilabel sebagai pemain eksport Jepun paling berjaya, Kagawa menjadi antara tonggak Dortmund yang menjulang dua gelaran berturut-turut Bundesliga pada musim 2010-11 dan 2011-12.

https://twitter.com/dailyparrots/status/1067342311590367232

Begitupun, selepas berkelana ke England dengan menyertai Manchester United sebelum kembali ke Dortmund, pemain tengah menyerang itu mendapati dia sukar untuk berada dalam kesebelasan utama di bawah kendalian jurulatih Lucian Favre.

“Sejak dua hingga tiga tahun lalu, saya sentiasa berfikir mengenai apa yang saya boleh lakukan untuk pergi ke Sepanyol,” kata pemain berusia 29 tahun itu kepada Nikkan Sports.

“Saya tidak boleh mengakhiri karier saya dalam bola sepak tanpa pergi ke Sepanyol. Saya benar-benar mahu mencapainya,” kata Kagawa.

Masalah kecederaan dan kehadiran pemain baharu sekat peluang untuk berada dalam kesebelasan utama

Selepas sering memanaskan bangku simpanan di Old Trafford, Kagawa pulang ke Dortmund pada 2014 dengan harapan untuk memulihkan keyakinannya.

Namun masalah kecederaan selain kehadiran pemain muda berbakat menyaksikan peranannya dihadkan buat kelab Jerman itu yang ketika ini mengungguli carta Bundesliga dan tidak kalah dalam 12 perlawanan.

“Saya perlu mencari penyelesaian bagi situasi ini. Salah satunya adalah berpindah pasukan. Saya tidak rugi apa-apa. Saya yakin saya boleh menyinar pada tahap ini dalam karier saya,” kata Kagawa sambil menambah beraksi di La Liga sebagai cabaran terbesar dalam kariernya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN