VIDEO: Perlawanan UCL AEK Athens-Ajax Dicemari Balingan Bom Petrol

Perlawanan di antara AEK Athens dan Ajax di ibu kota Greek pada awal pagi tadi dicemari dengan insiden keganasan penonton – turut melibatkan lontaran bom petrol – sebelum sepak mula.

Penyokong lawan dilaporkan telah diserang dari penyokong tuan rumah dengan balingan suar di tempat duduk di dalam stadium. Rakaman yang tular di media sosial turut jelas menunjukkan lontaran bom petrol turut ditujukan kepada sekumpulan penyokong Ajax yang hadir untuk menyaksikan perlawanan tersebut.

AEK fan throws fireworks to Ajax fans during the UEFA Champions League group E match between AEK FC and Ajax Amsterdam at the OAKA Spyros Louis on November 27, 2018 in Athens, Greece(Photo by VI Images via Getty Images)
Insiden keganasan

Beberapa gambar yang disebar di media sosial juga menunjukkan beberapa pegawai polis memukul penyokong Ajax – yang kebanyakkan dari mereka kelihatan berlumuran darah.

Malah pada satu ketika pemain pertahanan Ajax, Matthijs de Ligt kelihatan berlari ke arah tempat duduk penyokong dan cuba bertindak meredakan keadaan.

Kekecohan yang berlaku turut berlarutan pada awal babak kedua apabila mercun turut dilemparkan ke tempat duduk penonton, menyebabkan asap menganggu pemain yang sedang beraksi di atas padang.

Bleeding Ajax fans react after clashes with the Greek riot police prior to the start of the UEFA Champions League football match between AEK Athens FC and AFC Ajax at the Athens Olympic stadium, in Athens, on November 27, 2018. (Photo by Aris Messinis / AFP) (Photo credit should read ARIS MESSINIS/AFP/Getty Images)
Bermula di luar stadium

Kekecohan menjelang pertemuan kedua-dua pasukan sebenarnya bermula pada awal hari perlawanan. Beberapa kumpulan penyokong tuan rumah dilaporkan telah bertempur dengan pihak polis di beberapa bahagian bandar Athens.

Penyokong Ajax turut dilaporkan terlibat dengan insiden kekecohan berhampiran ibu pejabat polis di bandar tersebut, dan beberapa jalan utama terpaksa ditutup selepas bom petrol disasarkan kepada pihak polis dan sekumpulan penyokong Ajax.

Keganasan melibatkan sukan bola sepak ini adalah yang terbaru berlaku selepas kekecohan melibatkan pertemuan Boca Juniors dan River Plate menjelang pertemuan kedua perlawanan akhir Copa Libertadores tiga hari yang lalu.

Ajax’s fans clash with the Greek riot police prior to the start of the UEFA Champions League football match between AEK Athens FC and AFC Ajax at the Athens Olympic stadium, in Athens, on November 27, 2018. (Photo by Aris Messinis / AFP) (Photo credit should read ARIS MESSINIS/AFP/Getty Images)
Ajax tetap mara

Di sebalik kekecohan dan insiden buruk tersebut, Ajax masih lagi mampu merakam kemenangan 2-0 melalui jaringan Dusan Tadic – satu gol melalui penalti, dan satu lagi jaringan pada minit ke-72 perlawanan.

Perlawanan tersebut turut menyaksikan pemain AEK, Marko Livaja diberikan arahan keluar padang oleh pengadil perlawanan.

Kemenangan tersebut sekaligus mengesahkan kemaraan Ajax ke pusingan kalah mati, berbaki satu perlawanan.

Saksikan rakaman kekecohan penyokong di Athens melalui pautan di bawah:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN