Shin Tae-yong ‘Serabut’ Lihat Situasi Semasa Pemain Indonesia Untuk Berdepan Vietnam

Pengendali Indonesia, Shin Tae-yong tampil dalam keadaan tertekan kini selepas melihat situasi semasa yang dihadapi para pemainnya sebelum menghadapi Vietnam malam ini di gelanggang pasukan lawan.

Sang Garuda bakal menghadapi Vietnam sekali lagi dengan aksi seterusnya bakal berlangsung di Stadium My Dinh dalam usaha mereka untuk terus mengekalkan momentum positif berdasarkan aksi lalu.

Apa tidaknya, Indonesia buat pertama kali berjaya meraih kemenangan sulung mereka dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 selepas pasukan tersebut menewaskan Vietnam menerusi keputusan 1-0 beberapa hari lalu di Stadium Utama Gelora Bung Karno (SUGBK).

Kemenangan sulung itu diraih selepas Indonesia gagal meraihnya sejak dua aksi lalu ketika mereka tewas kepada Iraq serta terikat seri bersama Filipina di peringkat kumpulan.

Hasil kemenangan 1-0 menerusi jaringan tunggal daripada Egy Maulana Vikri itu membuka kembali peluang buat Sang Garuda untuk mengintai peluang mara ke pusingan seterusnya.

Walaupun begitu, keadaan semasa Indonesia kini jelas merunsingkan pengendali dari Korea Selatan itu, apatah lagi perlawanan juga bakal berlangsung malam ini di gelanggang lawan.

Menurut Shin, beberapa pemain utama mereka kurang sihat untuk dibawa turun beraksi selain ada yang turut mengalami kecederaan untuk membataskan pemilihan beliau pada aksi tersebut.

Menyedari situasi semakin memburuk, Shin turut memanggil tiga pemain baharu untuk menyertai skuad kebangsaan Indonesia iaitu Ernando Ari, Rachmat Irianto, serta Muhammad Ferarri.

“Pada perlawanan ini kami memanggil tiga pemain baharu untuk menghadapi Vietnam selepas sebahagian daripada skuad sedia ada mengalami kecederaan di Jakarta,” jelas Shin menerusi Bola.com.

Kata Shin lagi, beberapa pemain penting Indonesia turut menghidapi penyakit demam dengan membabitkan Rafael Struick, Yakob Sayuri, Muhammad Riyandi, serta Ivar Jenner.

Pengendali berpengalaman itu sendiri mengakui sangat bingung akan situasi yang melanda kem kebangsaan Sang Garuda dan beliau tidak menolak jika ada wabak virus sedang menghantui para pemainnya.

“Boleh dikatakan hampir majoriti pemain menghidapi penyakit sama. Saya tak pasti jika itu disebabkan penyebaran virus yang hanya berlaku di Asia Tenggara atau Indonesia.

“Tetapi diakui ada situasi pandemik kini berlangsung di Jakarta menurut pandangan saya dan mungkin memberi kesan buat pemain.

“Begitu ramai pemain mengalami kesakitan akibat serangan virus tersebut dan mereka masih belum pulih sepenuhnya untuk dibawa turun beraksi. Jadi, ini adalH situasi terburuk buat kami,” ulas beliau akhir sekali.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN