5 Pengurus Bola Sepak Berpengaruh Dunia Tak Pernah Bergelar Pemain Profesional

Siapa sangka, dalam dunia bola sepak sebenarnya tidak semua pengurus handalan yang diketahui sebelum ini tidak pernah mengharungi karier mereka selaku pemain profesional.

Walaupun tidak pernah bergelar pemain profesional, mereka ini tampil dengan aura tersendiri dalam dunia pengurusan sehingga berjaya membawa kelab bawah kendalian menjadi sesuatu cukup berpengaruh.

Berikut merupakan pengurus bola sepak terkenal yang tidak mempunyai sebarang rekod selaku pemain profesional sebelum ini menerusi perkongsian Iluminasi.

Gerard Houllier

Mendiang Houllier merupakan salah seorang pengurus bola sepak cukup terkenal di Eropah selepas beliau pernah membina karier bersama Paris Saint-Germain (PSG) serta Liverpool dalam saingan English Premier League (EPL) di England.

Houllier sebenarnya lebih mempunyai latar belakang akademik yang menyakinkan sebelum bergelar pemain bola sepak dengan dirinya memiliki sijil Perguruan Sarjana Bahasa Inggeris.

Minat mendalam dalam dunia bola sepak membawa Houllier untuk cuba menyertai kelab amatur di Liverpool sebelum beliau ditawarkan pemain-pengurus kelab daerah Le Touquet.

Beliau sedar perjalanannya selaku pemain bola sepak sangat terbatas, dan Houllier mengambil keputusan untuk menumpukan diri kepada bidang pengurusan sehingga dirinya mendapat tawaran selaku pengurus Lens di Perancis.

Sepanjang bergelar pengurus, Houllier turut berjasa untuk mengendalikan skuad kebangsaan Perancis sebelum memenangi tiga piala bersama Liverpool.

Brendan Rodgers

Rodgers antara nama jurulatih cukup berpengaruh di England selepas kejayaan beliau menguruskan beberap kelab yang tampil dengan corak permainan menyakinkan.

Asalnya, Rodgers memiliki potensi cukup besar untuk bergelar selaku pemain bola sepak profesional pada usia masih muda sebelum kecederaan lutut menimpa dirinya dan memaksa beliau melupakan hasrat tersebut.

Walaupun begitu, masa depan Rodgers selaku pengurus jelas lebih menonjol selepas beliau dijemput Jose Mourinho untuk skuad simpanan pasukan tersebut.

Pengalaman diraih serta potensi besar ditampilkan Rodgers menyaksikan beliau berjaya ditawarkan kontrak bersama Watford sebelum meluaskan empayar bersama kelab-kelab lain termasuk Leicester City.

Roy Hodgson

Beliau sebenarnya sudah pun didaftarkan bersama Crystal Palace pada usia yang masih muda dengan harapan mampu untuk mencipta penampilan secara profesional.

Malangnya, Roy gagal untuk menyinar bersama pasukan itu sebelum beliau membuat keputusan beraksi untuk kelab-kelab amatur sahaja di sekitar England.

Roy menamatkan kursus kejurulatihan beliau pada usia 23 tahun dan memulakan karier selaku pemain serta pembantu jurulatih bersama Maidstone United yang beraksi di saingan divisyen keempat England waktu itu.

Di Sweden, karier Roy meledak naik apabila kejayaan beliau untuk menguruskan Malmo FF serta menjulang pelbagai kejuaraan ketika itu di pentas Eropah selain corak permainan ditampilkan para pemainnya sangat bagus.

Roy juga sempat membimbing pasukan kebangsaan di Asia iaitu UAE sebelum kembali ke Eropah bersama beberapa pasukan lain selaku pengurus disegani ramai.

Andre Villa-Boas

Pada usia masih muda, Andre menjadi antara pengurus paling disegani ramai dalam dunia bola sepak profesional menerusi sentuhan berbisanya bersama kelab dikendalikan beliau sebelum ini.

Musim pertama bersama Porto, Andre tidak mengambil masa yang lama untuk memastikan tiga piala berjaya diraih pasukan tersebut serta menjadikan kelab tersebut antara paling digeruni.

Andre mula menyertai kursus kejurulatihan seawal usia 17 tahun selepas beliau mendapat galakan positif daripada Robson dan menggenggam Lesen A ketika berumur 19 tahun.

Karier beliau bermula bersama salah satu kelab di Portugal iaitu Academica selama dua tahun sebelum direkrut oleh Porto yang menyaksikan nama Andre meletup dalam duni bola sepak antarabangsa.

Kejayaan itu menyaksikan gergasi bola sepak di England berjaya menandatangani beliau sebelum kini Andre meneruskan kariernya bersama beberapa pasukan lain.

Arrigo Sacchi

Seorang legenda yang tidak perlu lagi dipertikaikan sentuhannya terutama sekali di Itali pada suatu ketika walaupun beliau tidak pernah mempunyai pengalaman selaku pemain bola sepak profesional.

Cerita mengenai Sacchi ketika era beliau selaku pemain sangat menyedihkan apabila beliau bukan sahaja tidak mampu mencapai tahap profesional, malahan juga tak layak beraksi bersama kelab amatur iaitu Baracca Lugo.

Walaupun begitu, pengurusan kelab tampak berani untuk menamakannya selaku jurulatih selepas itu dan membuka ruang positif biay Sacchi menyinar dalam profesion baharu itu bersama beberapa kejayaan.

Kejayaan paling diingati, pastinya sewaktu beliau menguruskan AC Milan dengan ketika itu pasukan tersebut diwakili beberapa nama besar seperti Marco Van Basten, Paulo Maldini, Frank Rijkaard, serta ramai lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN