Shin Tae-yong Impi Indonesia Bertemu Korea Selatan Di Piala Asia

Pengendali Indonesia, Shin Tae-yong mengimpikan skuad kendalian beliau bertemu salah satu pasukan gergasi, Korea Selatan untuk saingan Piala Asia yang akan berlangsung pada awal tahun hadapan.

Shin menyatakan semua boleh menjadi realiti jika para pemain kendalian beliau memberi aksi yang positif sepanjang saingan di peringkat kumpulan berlangsung.

Walaupun begitu, secara realitinya pengendali berpengalaman itu mengakui semuanya tidak mudah dan menyatakan Korea Selatan jauh lebih hebat jika dibandingkan Indonesia daripada pelbagai faktor.

Namun, Shin turut menjelaskan dalam dunia bola sepak segalanya tidak mustahil dan optimis untuk saingan Piala Asia yang akan bermula tidak beberapa lama sahaja lagi.

“Bila kami mampu bermain dengan baik pada kejohanan itu nanti, ada kemungkinan besar juga untuk kami bertemu Korea Selatan.

“Bila saya perlu bercakap dengan jujur, saya boleh katakan perlawanan itu nanti mungkin akan jadi sesuatu yang sukar untuk kami hadapi.

“Jelas ketika ini Korea Selatan merupakan pasukan yang sangat kuat dan sukar untuk dihadapi barisan pemain kebangsaan Indonesia kini.

“Saya juga mengakui bola sepak Indonesia jauh lebih lemah berbanding Korea Selatan, tetapi bola itu bulat dan semua kemungkinan boleh sahaja berlaku,” kata Shin menerusi laporan CNN Indonesia.

Mengulas tentang keadaan beliau yang sudah pun bersama Indonesia sejak beberapa tahun lalu, Shin mengakui sangat gembira untuk mengendalikan pasukan tersebut.

Apa tidaknya, suasana para penyokong yang sentiasa memberi dukungan moral kepada beliau menyebabkan Shin sendiri merasa begitu disayangi mereka.

Malah, beliau juga mengakui perasaan dialaminya kini umpama pengendali Korea Selatan iaitu Guus Hiddink yang sebelum itu begitu disayangi para penyokong kerana kejayaan serta perubahan positif dilakukan pengendali tersebut.

“Apa yang boleh dikatakan ketika ini saya sangat bahagia serta gembira sepanjang berada di Indonesia menguruskan skuad kebangsaan tersebut.

“Ianya sama sepeti Guus Hiddink yang suatu ketika begitu gembira di Korea Selatan dan kini perasaan tersebut turut dirasai saya sendiri,” jelas Shin mengenai perasaan beliau bersama skuad kebangsaan Indonesia.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN