Shin Tae-yong Anggap Penjaga Gol Indonesia Punca Mereka Gagal Ke Final

Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Loading official content
Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen
Check out behind the scenes action from FC Bayern's 2-0 away win in the second leg of UEFA Champions League Last-16 against Bayer Leverkusen.
0 seconds of 1 minute, 29 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances
01:12
00:00
01:29
01:29
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances Mourinho: 'We all know we were the better team' Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Lihat lebih video FC Bayern München di OneFootball

Indonesia secara rasminya sudah pun mengesahkan diri mereka gagal untuk mara ke final Piala AFF 2022, selepas pasukan tersebut dikecewakan Vietnam menerusi keputusan penuh 0-2.

Walaupun tampil dengan sangat menyakinkan pada kejohanan kali ini dengan barisan pemain yang baik, pasukan tersebut gagal untuk mengulangi prestasi seperti edisi 2020 iaitu mara ke final.

Malah, aksi yang berlangsung di Stadium My Dinh itu menyaksikan Indonesia seolah tidak dapat berbuat apa-apa sepanjang tempoh 90 minit berlangsung, selain kesilapan-kesilapan mudah sering dibuat.

Dua jaringan daripada Nguyen Tien Linh pada aksi tersebut, cukup untuk mengesahkan kemenangan Vietnam dan memberi bukti Indonesia masih lagi banyak sisi kelemahan harus diperbaiki.

Menurut pengendali Sang Garuda iaitu Shin Tae-yong, beliau menyifatkan salah satu faktor kekalahan tersebut berpunca daripada penjaga gol Indonesia iaitu Nadeo Argawinata.

Malah Tae-yong menyatakan Nadeo jelas tidak bersedia dengan lebih cepat pada awal perlawanan, sehingga lawan mudah meledak gol dan mempengaruhi aksi seterusnya.

“Pada pendapat saya, Vietnam tampil beraksi dengan sangat baik sekali pada perlawanan ini, untuk itu saya ingin ucapkan tahniah dan mereka juga kekal tidak bolos.

“Untuk gol pertama, saya sering memberi nasihat kepada para pemain supaya fokus sejak awal, terutama sekali lima minit perlawanan berlangsung.

“Gol pertama Vietnam sangat bagus dan penjaga gol Indonesia langsung tidak bersedia dan tidak meneka dengan anggaran lebih tepat untuk menyelamatkannya.

“Situasi sama juga berlaku ketika kami bolos kali kedua, pemain saya sekali lagi hilang konsentrasi,” jelas Tae-yong menerusi CNN Indonesia.

Kegagalan untuk mara ke final menjadikan Indonesia terpaksa menunggu lebih lama untuk tampil selaku juara Piala AFF, setelah kejohanan tersebut sahaja masih belum diraih mereka.

Sejak pertandingan ini mula diperkenalkan, Indonesia masih lagi belum menjuarainya walaupun tampil dengan barisan pemain terbaik.

Untuk rekod, pasukan tersebut sebenarnya sudah pun menghampiri peluang untuk menggenggam kejohanan tersebut selepas enam kali muncul selaku finalis.

Vietnam yang sudah pun melayakkan diri ke final kini hanya perlu menunggu keputusan perlawanan membabitkan antara Thailand dan Malaysia yang akan membuat perhitungan malam ini di Stadium Thammasat.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN