Pengendali Indonesia iaitu Shin Tae-yong mengakui beberapa kesukaran dialami beliau sepanjang menguruskan skuad kebangsaan tersebut, termasuk untuk aksi Piala AFF 2022 ini.
Antara luahan beliau ialah mengenai dirinya yang sukar untuk memperbaiki psikologi pemain sepanjang saingan tersebut berlangsung serta sehingga ianya telah pun berakhir.
https://twitter.com/liga1match2022/status/1612641570821672961?s=46&t=8W6SaTAv12U6o1_1McF_QA
Ketika ini, nasib pengendali tersebut bersama pasukan kebangsaan masih lagi belum diketahui dan ianya belum diputuskan lagi oleh pihak pengurusan.
Malah, ada segelintir penyokong yang dilihat mula meragui pengendali dari Korea Selatan itu setelah Indonesia gagal untuk meraih Piala AFF musim ini.
Selain itu, beliau juga dikritik sesetengah pihak kerana ketumpulan jentera yang ditampilkan oleh Indonesia pada saingan tersebut sehingga merugikan pasukan.
Menurut Sportstars, apa yang diinginkan oleh Tae-yong dalam pembentukan pasukan beliau ialah kekuatan mental yang ada buat para pemain.
Namun, sehingga kini ianya dianggap sukar untuk diterjemahkan oleh para pemain dalam segenap lapisan umur sejak penyertaan Tae-yong di sana.
“Bermain untuk skuad kebangsaan itu sesuatu yang perlu diambil serius. Ianya bukan suatu perkara yang boleh diambil ringan oleh para pemain.
“Kita harus mengibarkan bendera kebangsaan di dada serta perlu memikirkan sendiri apa yang harus dilakukan buat negara.
“Ianya memerlukan kekuatan mental yang sangat baik. Tetapi akhirnya, ianya membuatkan diri ini merasa sakit. Saya masih gagal atasi masalah psikologi para pemain,” luah Tae-yong.
Pada masa sama, Tae-yong juga menceritakan pengalamannya yang memarahi para pemain sebaik sahaja mereka sah tewas di tangan Vietnam pada malam tersebut.
🤨🤨#KitaGaruda #TimnasDay pic.twitter.com/PxTXZeuTDX
— PSSI (@PSSI) January 9, 2023
Ulas Tae-yong, beliau sangat terpukul akan kekalahan tersebut yang disebabkan oleh kelekaan para pemain sendiri, sedangkan dirinya begitu optimis mereka mampu mara ke peringkat akhir.
Kini, beliau pastinya akan memberi fokus terbaharu untuk persiapan lain buat skuad kebangsaan yang akan menempuhi beberapa kejuaraan besar lagi tahun ini termasuk Piala Asia.
Masalah besar di timnas Indonesia
1. Kurangi gocek
2. Finishing
3. EgoisIni harus diatasi oleh coach Shin Tae Yong. pic.twitter.com/U9tfBvZULj
— Indonesia (@SeleccionINA) January 2, 2023
Walaupun dihimpit dengan sesetengah penyokong yang mula tidak percayakan dirinya, Tae-yong jelas masih mempunyai tanggungjawab untuk mengembangkan lagi mutu permainan Indonesia.