Masa Depan Kelam Bersama Man United Jadi Faktor McTominay Mungkin Sertai Newcastle?

Pemain tengah berbakat besar, Scott McTominay tampil sebagai antara pemain yang dipinggirkan Manchester United musim ini bawah kendalian Erik ten Hag, dengan beliau lebih banyak memanaskan bangku simpanan.

Menerusi situasi tersebut, McTominay kini mula mempamerkan rasa risau mengenai masa depannya bersama United dan dikhabarkan mungkin akan menyertai Newcastle United pada jendela perpindahan seterusnya.

Musim ini menyaksikan pemain berusia 26 tahun itu telah bermula dalam kesebelasan utama sebanyak enam kali daripada tujuh perlawanan.

Namun, segalanya tampak tidak begitu baik buat beliau selepas United menandatangani bekas pemain tengah Real Madrid iaitu Casemiro dan beliau terus disisihkan.

Sejak penyertaan Casemiro, khidmat McTominay tidak lagi menjadi pilihan utama buat ten Hag, dan kali terakhir beliau disenaraikan dalam kesebelasan utama pada Oktober lalu.

Ketika itu, beliau telah beraksi dalam kesebelasan utama sewaktu United tewas 3-6 kepada Manchester City, serta tampil dengan corak permainan tidak begitu konsisten.

Selepas itu, McTominay lebih kerap tampil beraksi dalam saingan Piala FA serta kejuaraan Piala Carabao dengan tidak banyak mencipta penampilan dalam aksi liga.

Menurut laporan dikeluarkan oleh Sport Bible, pemain kebangsaan Scotland ini telah meluahkan rasa risau mengenai situasi semasa dihadapi dirinya bersama United.

Menerusi beberapa perkhabaran, dinyatakan Newcastle tampil sebagai antara pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya bagi memperkukuhkan posisi tengah kelab tersebut.

Malah, McTominay sendiri dilaporkan turut berminat akan pasukan tersebut dan menyuarakan rasa kagum dengan cara kejurulatihan ditampilkan oleh Eddie Howe di St.James Park.

Walaupun begitu, ianya mungkin sedikit sukar untuk United melepaskan McTominay ketika ini kerana mereka juga sedang bersaing sengit bersama Newcastle dalam perebutan carta liga.

Malah, United juga masih lagi mempunyai empat kejohanan yang disertai mereka dan pasukan itu mungkin tidak akan menjual McTominay selepas melihat situasi kelab tersebut hanya memiliki empat pemain tengah senior.

Sebagai seorang jurulatih berpengalaman, pastinya ten Hag ingin terus mengekalkan McTominay bawah kendaliannya kerana penggiliran pemain pasti akan dibuat untuk beberapa lagi perlawanan seterusnya.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN