Shebby Mahu Nelo Vingada Dipecat Dengan Segera

Sejak Nelo Vingada dilantik menjadi ke­tua jurulatih Harimau Malaya Mei lalu, beliau masih gagal mencatatkan kemena­ngan sulung bersama pasukan negara apabila mencatatkan lima kekalahan dan satu seri sepanjang enam perlawanan.

Pengkritik bola sepak tanah air, Serbegeth Singh atau Shebby bercakap kepada Kosmo bahawa Nelo Vingada bukanlah jawapan tepat untuk program pembangunan bola sepak dalam misi mengembalikan kegemilangan pasukan Malaysia.

Shebby menegaskan, beliau kekal dengan pendiriannya dengan mengakui tidak memiliki keyakinan terhadap Vingada untuk membantu skuad negara membina kecemerlangan di pentas antarabangsa.

“Mungkin saya sahaja (antara) salah seorang bekas pemain (kebangsaan) yang telah menyuarakan ketika Vingada dilantik (menjadi jurulatih kebangsaan) bahawa saya tidak yakin dengan beliau.

“Saya tetap dengan pendirian itu bahawa Vingada bukan jawapan kepada pemba­ngunan bola sepak Malaysia. Ada dua aspek dalam bola sepak moden hari ini.

“Pertama adalah persembahan dan kedua, keputusan. Apa yang kita boleh lihat persembahan langsung tidak memberikan harapan kepada kita (corak pasukan kebangsaan) dibina atau ditanam. Jadi, saya lebih memegang kepada persembahan.

“Kalau kita nampak satu corak permainan setiap perlawanan walaupun kita memiliki pemain berbeza tetapi masih ada konsep yang sama tidak mengapa tetapi apa yang saya lihat bagaikan seorang jurulatih meraba-raba dalam kegelapan sambil berharap keputusan baik akan berlaku.

“Adakalanya dalam kehidupan, kita kena sedar tidak berkebolehan dan kita undur diri sahaja. Saya berharap jurulatih ini pandang cermin dan sedar keupayaan diri. Bukan beliau tidak bagus tetapi mungkin beliau bagus di tempat lain,” katanya kepada Kosmo!

Nelo ketika sesi latihan rasmi skuad harimau malaya di Buriram,.

Shebby turut menyarankan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mencari jalan untuk menyenarai hitamkan Vingada supaya jurulatih yang berasal dari Portugal itu tidak boleh datang ke Malaysia kerana mencemar nama baik pasukan kebangsaan apabila mempamerkan persembahan terburuk di pentas antarabangsa.

“Seharusnya Vingada tidak dibenarkan kembali ke Malaysia, bukankah beliau sudah menjatuhkan maruah Malaysia selama ini ?

“Tahun 2017 akan dikenali sebagai tahun yang mana Vingada telah membunuh bola sepak Malaysia. Dalam jangka masa (setengah) tahun ini, beliau tidak membawa apa-apa perubahan, malah memburukkan prestasi bola sepak di negara kita. Memburukkan prestasi pemain sehingga kita lihat mereka seakan hilang arah semasa barada di atas padang,” jelasnya.

Selain itu, beliau juga mahu FAM mencari jurulatih baru yang lebih berwibawa untuk memulihkan kembali prestasi pasukan kebangsaan.

“Kita tidak harus melakukan rombakan besar-besaran. Kita hanya memerlukan jurulatih yang berwibawa dan berkebolehan. Malaysia sebenarnya ada ramai pemain yang dikatakan cukup matang tetapi kita pula tidak memiliki jurulatih yang matang untuk membentuk satu pasukan.

“Jadi, ini adalah detik hitam sejarah bola sepak Malaysia kerana sekiranya seorang jurulatih berulang kali memilih Kiko Insa untuk beraksi di arena antarabangsa, itu sudah menunjukkan bahawa jurulatih yang membuat keputusan memang tidak memahami bola sepak. Malangnya, kita mendapat seorang jurulatih yang tidak memahami bola sepak di negara kita,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN