Sergio Aguero Dikejarkan Ke Hospital Selepas Pengsan Di Bilik Persalinan

Penyerang atarabangsa Argentina dan bintang Manchester City, Sergio Aguero dikejarkan ke hospital selepas pengsan ketika waktu rehat tamat separuh masa pertama perlawanan persahabatan di antara Nigeria dan Argentina.

Penyerang Manchester City itu dikatakan mengadu tidak sihat ketika berada di bilik persalinan, sebelum pengendali Argentina, Jorge Sampaoli memasukkan Dario Benedetto untuk menggantikan Aguero.

(Photo credit should read KIRILL KUDRYAVTSEV/AFP/Getty Images)

Sebelum itu, Aguero menjaringkan 1 gol pada minit ke-36 perlawanan untuk Argentina mendahului perlawanan dengan jaringan 2-0.

Jaringan tersebut turut mengesahkan Aguero sebagai penjaring ketiga terbanyak skuad kebangsaan Argentina yang sinonim dengan nama jolokan Albiceleste.

Namun ketika rehat separuh masa, Aguero mengadu kurang sihat, memaksa pihak pengurusan mengejarkan beliau ke hospital meninggalkan Argentina meneruskan baki saingan di Stadion FK di Krasnodar itu tanpa Aguero.

Laman media sosial rasmi Twitter milik Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) dipetik sebagai berkata dalam satu kenyataan:

“Aguero pengsan ketika rehat separuh masa perlawanan. Oleh itu beliau dikejarkan ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga dan untuk tujuan pemeriksaaan.”

Tatkala Aguero mendapatkan rawatan di hospital, Nigeria bangkit dari ketinggalan untuk mencatat kemenangan mengejutkan dengan jaringan 4-2.

Selepas perlawanan pengendali Argentina berkata: “Sergio mengadu pening kepala pada selepas tamat separuh masa pertama dan tidak dapat meneruskan perlawanan.”

Walaupun pengsan, keadaan Aguero dipercayai stabil dan AFA turut mengesahkan pemain tersebut sudah menyertai skuad Argentina yang lain di hotel penginapan mereka.

(Photo credit should read MLADEN ANTONOV/AFP/Getty Images)

Manchester City turut mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai keadaan Aguero melalui laman sesawang mereka, namun menafikan pemain tersebut pengsan sehingga tidak sedarkan diri.

“Sergio Aguero berada dalam keadaan kurang sihat, namun tidak sehingga tidak sedarkan diri seperti yang dilaporkan. Beliau dikejarkan ke hospital untuk tujuan pemeriksaan sebagai langkah berjaga-jaga.”

“Sekembalinya Aguero ke Manchester, beliau akan diberikan pemeriksaan susulan oleh pihak kelab sebelum keputusan untuk menyenaraikan beliau ke dalam skuad untuk menentang Leicester City diputuskan.”

(Photo by Oleg Nikishin/Getty Images)

Pemain muda Arsenal, Alex Ivobi (gambar atas) menjaringkan 2 gol dalam perlawanan tersebut– termasuk satu jaringan hasil rembatan deras selepas gerakan ‘nutmeg’ mengelirukan Javier Mascherano untuk membantu Nigeria bangkit menewaskan Argentina 4-2.

Keadaan terkini Aguero pasti merungsingkan Pep Guardiola yang akan bertandang ke halaman lawan untuk perlawanan menentang Manchester City pada Sabtu akan datang.

Sehingga kini, Aguero telah menjaringkan 8 gol daripada 8 penampilan Liga Perdana Inggeris untuk Manchester City.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN