Shaqiri: Saya Menangis Ketika Ronaldo Tewas Di Piala Dunia 1998

Shaqiri

Pemain tengah Liverpool, Xherdan Shaqiri tanpa berselindung mengakui bahawa Ronaldo Luis Nazario de Lima memainkan peranan penting dalam menjadi inspirasi buat beliau untuk terus berkembang di peringkat tertinggi.

Shaqiri yang juga merupakan pemain skuad kebangsaan Switzerland turut berkongsikan kenangannya sewaktu kecil dalam mengidolakan peledak berbisa Brazil tersebut.

Menurut sumber laporan Goal, Shaqiri mendedahkan dirinya sanggup meniru gaya potongan rambut Ronaldo yang cukup fenomena pada saingan Piala Dunia 2002 di Korea Selatan dan Jepun iaitu gaya ‘Si Pekan’ ketika di bangku persekolahan.

Keterujaannya terhadap Ronaldo amat jelas ketara apabila beliau turut menangis apabila melihat Brazil tumpas 0-3 pada aksi final Piala Dunia 1998 di Perancis. Ketika itu Shaqiri baru sahaja menjengah usia tujuh tahun.

LIVERPOOL, ENGLAND – DECEMBER 24: (THE SUN OUT, THE SUN ON SUNDAY OUT) Xherdan Shaqiri of Liverpool during a training session at Melwood Training Ground on December 24, 2019 in Liverpool, England. (Photo by John Powell/Liverpool FC via Getty Images)

”Saya menyukainya [Ronaldo], gaya dan cara dia bermain sangat luar biasa.”

”Dia merupakan idola saya yang sangat besar. Saya turut meniru gaya potongan rambutnya – pada 2002, bentuk segitiga [merujuk fesyen rambut tersebut], saya melakukannya.”

”Semua orang di sekolah saya terkejut melihat saya memotong rambut seperti itu. Tetapi saya menyayanginya dan masih sayang kepadanya,” ujar pemain berusia 29 tahun itu.

”Dia adalah idola saya. Saya berharap dapat berjumpa dengannya. Saya tidak mengikut cara permainannya kerana setiap pemain adalah berbeza serta mempunyai kelebihan dan bakat yang berbeza. Tetapi dia merupakan ‘wira besar’ saya pada ketika itu.”

Ketika bersama skuad kebangsaan Brazil, Ronaldo berjaya menjulang dua trofi Piala Dunia iaitu pada edisi 1994 dan 2002. Beliau juga telah melakukan 98 penampilan buat skuad yang digelar The Selecao itu dan berupaya meledakkan 62 jaringan.

Kredit featured image: Alain Gadoffre / Icon Sport via Getty Images

Baca artikel yang lain dari kami mengenai Ronaldo Luis Nazario de Lima:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN