Quantcast

BERITA

Ronaldo Tiba Di Johor Bharu Menyaksikan Perlawanan JDT Malam Ini

Lagenda Brazil, Ronaldo Luis Nazario de Lima sudah tiba di Johor Bharu dan bakal hadir ke Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin untuk menyaksikan perlawanan AFC Champions League di antara JDT menentang kelab dari korea selatan, Gyeongnam FC malam ini.

Selain itu, kehadiran Ronaldo yang juga pemilik kepada kelab La Liga, Real Valladolid adalah untuk mengadakan perbincangan dengan pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ), bagi membincangkan kemungkinan para pemain muda JDT yang bercita-cita besar untuk menimba ilmu dengan skuad Real Valladolid B yang beraksi dalam saingan Segunda Division B.

Ronaldo dan rakan-rakanya bergambar bersama pengarah sukan JDT, Martin Prest. FOTO: JST

Ronaldo menamatkan karier dengan 412 gol dalam 601 perlawanan  sudah cukup untuk diiktiraf antara pemain terbaik dalam sejarah bola sepak dunia.

Sebaik sahaja tiba di Johor, beliau dibawa melihat prasarana dan infrastruktur yang dimiliki oleh Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di Pusat Latihan Padang Seri Gelam sebentar tadi.

Ronaldo mencuba beberapa kemudahan latihan JDT. FOTO: JST

“Bertambah menarik, satu lagi sejarah yang cukup manis buat JDT apabila Pemain Terbaik Dunia sebanyak tiga kali dan pernah bermain untuk Barcelona, Real Madrid, AC Milan and Corinthians ini akan menyaksikan perlawanan sulung Liga Juara-Juara AFC (ACL) di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin menentang kelab Republik Korea, Gyeongnam FC pada malam ini.

“Ayuh para penyokong Harimau Selatan, kita penuhkan sekali lagi Stadium Larkin pada malam ini dan berikan sokongan padu anda kepada JDT kerana mereka memerlukan sokongan keramat anda sebagai pemain ke-12 serta jadilah sebahagian dari sejarah berharga ini. Luaskan Kuasamu Johor,” kata kenyataan daripada JOHOR Southern Tigers.

Ini bukan kali pertama bintang dunia hadir di Stadium menyaksikan perlawanan JDT. Sebelum ini, seorang lagi bekas bintang Galaticos milik Real Madrid, Luis Figo turut pernah hadir ke Larkin untuk menyaksikan sendiri perlawanan di antara JDT menentang Perak dalam perlawanan Piala Sumbangsih Sultan Haji Ahmad Shah bulan Februari lalu.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!